Didik

Ubah Rumah Jadi Macam Sekolah, Ibu Kongsi Cara Kreatif Ajar Anak Di Rumah Supaya Tak Bosan!

179
SHARES

Seperti yang kita sudah ketahui, sesi persekolahan bagi kebanyakkan murid bagi sesi 2021 sudah ditangguh. Hal ini berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam negara dan pembukaan sekolah turut akan menyebabkan kerisauan buat ibu bapa. Namun, segala persediaan seperti membeli peralatan persekolahan dan baju sekolah telah dibuat oleh ibu bapa. Jadi, apa guna barang-barang ini?

Satu perkongsian Facebook oleh seorang ibu bernama Nur Salina mencuri tumpuan orang ramai apabila dia menggunakan kaedah pembelajaran di rumah seolah-olah berada di sekolah! Siap dengan pakai baju sekolah, menggunakan papan putih dan meja seperti berada dalam kelas di sekolah, ini dapat melatih anak-anak supaya tidak kekok berada di sekolah apabila tiba masanya kelak.

Sekolah tahun 2021 di rumah

School at home namanya. Baju sekolah dah beli kita pakai jela. Lagi-lagi Rufaydah Az-Zahra masuk darjah 1 kesian umi tengok tak dapat pergi sekolah tapi alhamdulillah dah selesai sesi orientasi di alam maya. Muhammad Al-Amin dah sampai sekolah baru dapat tau sekolah di tangguhkan. Cikgu baru dapat arahan pagi ni. Takpelah anak-anak sekarang ni belajar di rumah adalah yang terbaik. Mujahid dan Khaulah tak sabar tunggu cikgu bagi homework.

Hari pertama biasalah kan harap-harap terus bersemangatlah ya. Jangan sampai tak terbuat sudahla.Terima Kasih buat cikgu-cikgu yang bertungkus lumus nak pastikan murid dapat apa yang cikgu-cikgu sampaikan.Bukan senang ya.Kalau waktu ni umi masih bergelar guru di sekolah ntah macam manalah agaknya.

Lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor jangan di lupa.Baca doa sebelum bermula kelas wajiblah.Lepas ni kita hafal lagu sekolah pulak ya.

Isnin datang lagi! Jom pergi sekolah. Semua bersemangat pagi ni walaupun hujan tapi masing-masing tak merengek mandi sejuk-sejuk. Muhammad pun awal bangun nak join sekali. Semoga terus semangat ya anak-anak begitu juga umi dan abang dan kakak-kakak kantin semoga terus rajin dan bersemangat!

WAKTU REHAT PUN MACAM KANTIN BETUL!

Bukan sahaja ketika waktu belajar kelihatan seperti berada di sekolah betul, malah ketika waktu rehat juga kelihatan seperti anak-anak berada di kantin sekolah. Hal ini kerana, si ibu menggunakan kreativiti untuk melatih anak-anak tentang tatacara membeli makanan di sekolah apabila dibuka kelak. Memang terbaik!

Ada mak ayah yang nak cuba buat macam ni juga?

Sumber: Nur Salina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×