Melatih anak-anak untuk berenang sejak dari kecil merupakan impian bagi ramai ibu bapa. Mana tidaknya, kebolehan ini bukan sahaja dapat memanfaatkan anak-anak dari segi bakat, malah bagus juga untuk keselamatan mereka. Sejak kebelakangan ini, trend pelampung baby neck float menjadi ikutan ramai dimana mereka percaya dengan cara ini mampu untuk membiasakan anak kecil dengan teknik berenang.
Terbaharu, ramai pakar dari luar negara menyarankan orang ramai untuk elakkan aktiviti yang melibatkan baby neck float kerana sebenarnya ia amat merbahaya kepada anak kecil!
Trend Baby neck float?
Zaman sekarang, apa yang majoriti buat, kita pun nak buat. Please say no. Regardless untuk siapa, apa tujuannya. This is so wrong. Kita tak perlu nak ikut apa yang semua orang buat. So what kalau kita tak hipster ke, tak in trend ke. Kita seharusnya fikir tentang kesan baik dan buruknya kepada diri dan anak sendiri. Bukan buat sebab ikut-ikutan. Let people judge anda kuno. Let them. Tak salah pun.
Sekarang ni trend baby neck floats are so popular. Rasanya dari tahun lepas dah berbondong-bondong parents upload gmbar anak mereka dalam pool dengan pakai neck floats ni. Nampak cute kan? Cool je. That is superficial. Tapi pada realiti ia sebenarnya mampu menjadi punca dan ruang kepada kejadian yang lebih teruk dan mudarat berlaku kepada anak kita. Bersyukurlah jika anda yang buat tu tiada apa yang berlaku pada anak-anak anda. But please don’t try it again.
SIAP BAGI BOTOL SUSU SAMBIL PAKAI NECK FLOAT
Banyak mudarat yang boleh terjadi asbab neck floats ini sahaja. Ada pula yang being extra creative dengan sumbat botol susu kepada bayi semasa bayi yang dipakaikan neck floats itu berada dalam air. Kenapa tak angkat dan beri anak itu susu seperti biasa? Bayi boleh tersedak dan choked. Pity the baby.
Bila bayi dimasukkan ke dalam neck floats, ini boleh mengganggu laluan neuro yang berkaitan dengan refleks kepala yang menolong yang membantu bayi bertindak balas terhadap keinginan spontan mereka untuk duduk. Neck floats bukan sahaja gagal membantu evolusi asas primitif pada refleks postur, tetapi ia juga menjadikan bayi pasif semasa berada dalam air.
Chances tinggi bagi tulang cervical bayi untuk cedera. Dan di sebalik cervical bone tu lalunya saraf-saraf bayi yang fungsinya melibatkan pergerakan badan. Peluang untuk ter-dislocate cervical baby semasa guna neck floats tu ada. Tulang cervical itu sendiri berfungsi sebagai penyokong dan keseimbangan kepala.
KALAU NECK FLOATS TIBA-TIBA KEMPIS ATAU BOCOR?
Juga, kebarangkalian anak untuk lemas juga boleh jadi bila neck floats itu tiba-tiba kempis atau bocor. Di US penjualan baby neck floats ini telah ditarik semula. Di Amazon, mereka withdraw semua penjualan neck floats ini. Tapi kita lagi berlumba-lumba nak cuba. Parents, it is okay untuk tak kelihatan ‘modern’ atau stylo, yang penting keselamatan anak, kita titikberatkan. Sebab kemalangan itu tidak berbau. Kadang, kalau kita dah berhati-hati pun tetap boleh berlaku juga mistakes, apa lagi jika kita terlepas pandang pada benda sebegini.
Parents, let’s stop this activity. Kalau betul nak ajar anak berenang, do it the proper way. Apapun, terserah, anda berhak untuk buat keputusan untuk anak anda. Tulisan ini hanya bertujuan untuk perkongsian.
Sumber : Hidayatul Ismail