Inspirasi

Tindakan Abang Polis Tolong Hantar Lelaki Ini Lambat Duduki Peperiksaan Dapat Pujian, Terbaik!

40
SHARES

Ternyata masih ramai lagi dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai jiwa yang murni. Hal ini boleh dilihat berdasarkan perkongsian di laman Twitter dimana lelaki ini mendapat perhatian orang ramai apabila seorang anggota polis menghantar sepupunya yang sudah terlambat menduduki peperiksaan.

Memang terbaik!

TERIMA KASIH ABANG POLIS!

Terima kasih banyak abang polis@PDRMsia tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja. Jalan blocked, ada lori accident, dia ada exam pukul 9 am. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya!

Situasi yang berlaku di Persiaran Utara Putrajaya ini mendapat perhatian orang ramai apabila dikongsikan di lama Twitter. Rata-rata ramai yang memuji tindakan dari anggota polis tersebut yang memahami keadaan orang yang sudah lambat untuk menduduki peperiksaan.

TERPAKSA KERANA JALAN DITUTUP

Dia juga turut berkongsikan keadaan jalan yang ditutup kerana kejadian kemalangan yang melibatkan lori tanah.

Bukan itu sahaja, disebabkan usaha murni yang ditonjolkan oleh anggota polis tersebut ramai pengguna laman media sosial yang berpendapat bahawa anggota tersebut perlu diberikan pujian. Oleh itu, ramai yang menyeru Polis Diraja Malaysia memberikan pengenalan yang sepatutnya kepada usaha murni polis tersebut.

Sumber: @aimadazfar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×