Rakyat

Tiga Maut Nahas Termasuk Ibu Hamil & Bayi ‘Terkeluar’ Dari Kandungan

22
SHARES

Dua termasuk seorang ibu yang sarat mengandung sembilan bulan, maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Kampung Lumpur, di sini, jam 7 malam semalam.

Bagaimanapun, bayi lelaki di dalam kandungan dilaporkan selamat dan sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas (HPM) tetapi selepas lima jam bertarung nyawa, bayi lelaki itu meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam.

Baca juga: Isteri Meninggal Ketika Usia Kandungan 8 Bulan, Suami ‘Photoshoot’ Semula Bersama Anak

TIGA MAUT NAHAS TERMASUK IBU HAMIL & BAYI TERKELUAR DARI KANDUNGAN

Menurut laporan BH Online, Mohd Khairi Hasbullah, 31, sempat mengazankan anak keempatnya itu sebelum bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia.

“Saya reda apabila anak kami turut pergi bersama ibunya,” katanya di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, isterinya, Nur Hasliza Yazaib, 25, yang sarat mengandung sembilan bulan, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Mohd Khairi hanya mampu menangis sebaik dipanggil doktor dan dimaklumkan bayinya gagal diselamatkan.

Jelasnya, beliau hanya memikirkan anak kedua, Nurul Iman Maisara, 6, yang membonceng bersama isterinya dan dilaporkan cedera parah di kepala serta ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

“Doakan supaya Nurul Iman selamat dan saya diberi kekuatan demi dua lagi cahaya mata berusia lapan dan tiga tahun,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, mengesahkan nahas berkenaan kini mengorbankan tiga nyawa dengan kematian bayi malang itu.

Katanya, penunggang motosikal, Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, dilaporkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×