Asuh

Tidak Terlambat Untuk Tambah Ketinggian Anak, Ini 4 Tips Berkesan Anda Boleh Cuba

5
SHARES

“Aku ni rendah tapi aku akan pastikan anak aku tinggi dari aku. Boleh tak eh?”

Mungkin bagi ibu bapa atau anda yang sudah berusia 21 tahun ke atas tidak lagi mempunyai peluang untuk menambah ketinggian. Jadi, terima sahajalah ketinggian yang telah dikurniakan oleh Sang Pencipta, betul tak? Namun, buat anda yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, anda berpeluang untuk menambah ketinggian mereka walaupun sedikit.

Walaupun ketinggian adalah genetik, namun terdapat 4 usaha yang anda boleh cuba untuk menambah ketinggian si manja. Tak salah kalau mencuba kan?

CARA TAMBAH KETINGGIAN ANAK

Berhenti bertanya mengenai produk untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa kerana sudah terlambat. Ketinggian manusia akan berhenti pada usia 21 tahun bagi lelaki dan 18 tahun bagi wanita.

Namun masih ada peluang untuk anak anda menambah ketinggian, setidak tidaknya lebih tinggi dari ibu bapanya.
65-80% ketinggian anak bergantung kepada faktor keturunan atau genetik. Tetapi berikut adalah faktor luaran yang boleh membantu anak anak menambah ketinggian.

1. Pemakanan

Jika anak anda enggan makan sayur, buah dan produk tenusi ada peluang cerah untuk mereka menjadi bantut. Makanan berkhasiat ini adalah struktur asas untuk anak anak membesar dan meninggi. Selain itu, pastikan mereka terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin D adalah vitamin penting untuk menyerap kalsium.

2. Cukup tidur

Waktu tidur adalah waktu untuk tubuh membesar dan memperbaiki struktur yang telah rosak. Anak remaja jangan dibiar tidur lewat atas apa jua alasan (termasuk untuk berlajar).

3. Aktif dalam aktiviti fizikal

Remaja yang aktif ternyata lebih tinggi. Aktiviti fizikal akan menguatkan otot dan tulang. Ia juga akan merangsang Growth Hormon iaitu hormon penting untuk pertumbuhan.

4. Bebas asap rokok

Asap rokok termasuk ganja menyebabkan pertumbuhan terbantut. Pastikan anak tidak merokok dan tidak terdedah dengan pencemaran asap rokok.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×