Rakyat

Tidak Perlu Surat Kebenaran Rentas Daerah/ Negeri Dari PDRM Untuk Hantar Anak Ke Sekolah

29
SHARES

Apabila sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri. Namun, dengan pengumuman dari Kementerian Pendidikan bahawa sesi persekolah tahun 2021 akan bermula pada 1 Mac ini, ramai dalam kalangan ibu bapa akan mula menghantar anak-anak ke sekolah dan ada antaranya berada di luar daerah kediaman.

TIDAK PERLU SURAT PDRM UNTUK RENTAS DAERAH/ NEGERI

Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu menunjukkan surat daripada pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

“Pihak guru (sekolah) boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk merentas daerah kerana hendak masuk asrama tersebut.”

Perkara ini telah dibincangkan dengan pihak PDRM dan beliau sudah bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah di seluruh negara.

Sesi persekolahan bagi Tahun Satu dan Tahun Dua bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam (8 Mac) sebelum diikuti sekolah menengah pada April.

Dalam pada itu katanya, kerajaan juga membenarkan pemuzik jalanan sepenuh masa yang bergantung hidup dengan persembahan mereka di restoran dan gerai untuk meneruskan persembahan.

Sementara itu, kerajaan akan membenarkan program berbentuk mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE) dengan pengunjung dihadkan 25 peratus daripada kapasiti premis atau maksimum 250 orang bermula 5 Mac depan. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kepada Jawatankuasa Teknikal mengenai isu berkenaan.

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×