Hebahan

Tidak Lagi Tercicir, KPM Lancar DidikTV Untuk Akses Pendidikan Berterusan Buat Pelajar Sekolah

45
SHARES

Bagi memastikan setiap pelajar tidak keciciran dalam pelajaran, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan satu saluran khas televisyen pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM bermula 17 Februari ini.

Jadi, selepas ini para pelajar di rumah tidak lagi tercicir dalam pelajaran dan masih boleh mendapatkan akses pendidikan secara percuma tanpa ada sebarang masalah.

Usaha murni KPM

Kewujudan saluran DidikTV KPM ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh KPM dalam memastikan para pelajar di Malaysia mendapat akses yang percuma bagi mendapatkan ilmu seperti mana di sekolah. Pada masa yang sama, DidikTV KPM ini juga, akan bersiaran bermula 7 pagi sehingga pukul 12 tengah malam bagi setiap hari.

Program ini akan bersiaran secara terus menerusi saluran 107 di MyTv, saluran 147 di Astro dan saluran ntv7 di TV Unifi. Antara inti pati yang akan disiarkan menerusi DidikTV KPM, adalah berteraskan kurikulum dan kokurikulum. Bahkan, program ini diubah suai mengikut kesesuaian bagi memastikan para pelajar mendapat input menerusi apa yang telah disiarkan oleh pihak KPM.

Kenyataan media

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan apa yang terbaik.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×