Berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat, Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan harian. Bukan sahaja untuk mengurangkan aktiviti keluar masuk orang ramai, amalan ini perlu dilaksanakan untuk keselamatan diri.
Namun, berita ini menjadi ‘runsing’ apabila terdapat dalam kalangan para suami yang tidak mahir dalam membeli barangan dapur. Mulalah tercari-cari dan keliru dengan pesanan yang disediakan oleh si isteri. Sehingga hari ini, kita dapat lihat di laman media sosial terdapat pelbagai keletah lucu si suami ketika membeli barang dapur.
TESCO SEDIAKAN GAMBAR PANDUAN BELI BARANG DAPUR
Jadi, salah satu rangkaian pasaraya terbesar negara iaitu Tesco mengambil inisiatif menyediakan gambar rajah panduan kepada suami yang berkunjung ke sana. Menarik!
SIAP TERJEMAHAN BAHASA, MUDAH DIFAHAMI
Panduan pembelian ini telah dihebahkan melalui Facebook post Tesco sendiri dan dilengkapi dengan terjemahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.
*Jadi, selamat berjaya kepada para suami di luar sana ketika membeli!
Sumber : Tesco Malaysia