Inspirasi

Teruja Tengok Lori Sampah, Kanak-Kanak Taska Ini Siap Bagi Minuman Kepada Pekerja Pembersihan

2.4K
SHARES

Mendidik anak-anak sejak kecil bukan sahaja tertumpu kepada proses pembelajaran dalam buku semata-mata. Didikan seperti menerapkan nilai murni dalam diri mereka adalah sangat penting supaya dapat membentuk peribadi kelas pertama. Seperti apa yang dikongsikan oleh Puan Eda Ali di laman Facebooknya dimana sebuah taska di Nibong Tebal mengamalkan konsep pendidikan moral semasa mendidik anak-anak kecil di taska tersebut.

Pantang nampak lori sampah datang ke kawasan taska, anak-anak di sini pasti akan teruja dan melambai-lambai pekerja-pekerja pembersihan tersebut. Paling comel sekali, anak-anak taska siap beri minuman lagi!

TERUJA DENGAN LORI SAMPAH, SIAP LAMBAI-LAMBAI

Anak-anak Taska Nurul Ilmu, Nibong Tebal memang sangat teruja dengan kehadiran lori sampah. Kebiasaan mereka akan melihat dengan dekat dan melambai-lambai pekerja MPSP.

Hari ini lebih istimewa, mereka teruja beri air untuk pekerja-pekerja berkenaan. Kami sebagai cikgu sememangnya bertanggugjawab untuk memupuk sifat-sifat mulia seperti menghormati pekerjaan orang lain, mengajar mereka menghargai jasa hero-hero yang tidak dinyanyikan. Masa minum tu, salah seorang dari mereka cakap, “Dik, belajar rajin-rajin ya…jangan jadi macam kami. Terpinga-pinga anak-anak taska.

PENDEDAHAN NILAI MURNI

Mungkin anak-anak ini faham, mungkin juga tak faham. Tetapi apa yang penting, mereka diberi pendedahan dan pengalaman. Pengalaman bernilai inilah yang menjadi memori indah zaman kanak-kanak mereka.

Comel kan? Mungkin ini juga boleh menjadi idea untuk pusat pendidikan anak-anak yang lain untuk menerapkan nilai murni dalam pembelajaran seharian mereka.

Sumber : Puan Eda Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×