Rakyat

Tersangkut Pada Ekor Layang-Layang, Kanak-Kanak 3 Tahun Melayang Sehingga 100 Kaki Di Udara

114
SHARES

Membawa anak-anak keluar beriadah dan berekreasi sudah semestinya menjadi aktivti menyeronokkan buat seisi keluarga. Namun, setiap aktiviti bersama anak-anak perlu dipantau supaya terhindar dari peristiwa malang tidak berbau.

Tanpa diduga, seorang kanak-kanak perempuan berusi tiga tahun mengalami satu tragedi apabila dia dilayangkan oleh sebuah layang-layang gergasi sehingga mencecah 100 kaki ke udara di sebuah festival di Taiwan.

TERSANGKUT DI EKOR LAYANG-LAYANG

Berdasarkan video, kanak-kanak itu tersangkut pada ekor layang-layang gergasi dan ketika layang-layang itu diterbangkan, mangsa turut ikut terbang ke udara.

Di dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu seakan dilambung ke udara dan berpusing-pusing sehingga berjaya digapai semula oleh orang awam dan diselamatkan.

Selepas kejadian itu dia dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan laporan mengesahkan dia tidak mengalami apa-apa kecederaan fizikal selain dari calar-balar ringan di mukanya.

Sumber: DailyMail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×