Famili

“Termenung Tengok Dinding, Mudah Hilang Fokus”- 5 Perkara Budak SPM Musim PKP Je Yang Faham

1K
SHARES

Belajar ketika pandemik bukan saja mencabar dari segi kefahaman, tapi juga dari segi fizikal. Pelbagai masalah yang sebelum ini tiada boleh timbul ketika belajar secara dalam talian. Lebih-lebih lagi buat pelajar SPM tahun 2020/2021. Mencabar sungguh!

Ini 5 perkara yang hanya anak-anak SPM tahun 2020 dan 2021 je faham. Ada yang boleh relate tak?

Persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif

Ruang pembelajaran di rumah pastinya berbeza dengan sekolah atau di pusat tuisyen. Persekitaran yang bising serta tempat yang sempit juga antara faktor anak susah untuk fokus ketika belajar.

Kerusi dan meja yang kurang selesa

Kebanyakan pelajar hanya menggunakan meja dan kerusi di rumah dalam masa yang singkat. Namun, ketika musim pandemik, anak akan menggunakan meja dan kerusi berjam-jam lamanya.

Kerusi dan meja yang tak selesa akan membuatkan anak tidak selesa dan badan akan cepat lenguh serta membuatkan mereka tidak fokus untuk belajar.

Walaupun nampak remeh tetapi tidak mempunyai meja dan kerusi yang sesuai juga memainkan peranan yang amat penting untuk pembelajaran anak anda.

Line internet tidak stabil

Siapa tak geram kalau line internet sekejap ada sekejap tak ada kan? Susah nak tahu dan faham apa yang cikgu cuba terangkan! Bila dah ada line, cikgu mungkin dah habis terangkan. Ha, mana tak stres anak-anak bila jadi begini.

Asyik termenung, faham ke tidak?

Jika di sekolah, guru pasti akan menegur anak-anak sekiranya mereka termenung atau jika kelihatan lost. Tetapi di rumah, ibu bapa mungkin tidak perasan dengan tingkah-laku ini. Bila tiba sesi soal jawab, barulah menggelabah anak-anak nak memikirkan jawapan.

Berkongsi peranti dengan adik-beradik

Sebenarnya stress menjadi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti SPM ni. Bukan saja perlu belajar secara atas talian, mereka juga terpaksa berkongsi peranti dengan adik-beradik lain yang juga mempunyai kelas secara online. 

Kalau tak kongsi, kesian dan risau pula jika adik-adik tertinggal dalam pelajaran. Tapi SPM juga penting. Aishh, memang dilema!

Kelas baru mula tapi dah tak ada tenaga!

Jangan ingat bila anak bangun, mandi dan terus mulakan kelas online mereka akan bertenaga dan segar. Tidak ye! Pengambilan sarapan penting untuk mereka kekal bertenaga dan fokus ketika belajar. Jangan sesekali biarkan anak anda mulakan hari mereka tanpa sarapan.

Kalau anda tak sempat, berikan anak-anak sarapan yang mudah untuk mereka sediakan sendiri. Paling penting, cepat, senang dan memberikan tenaga secukupnya kepada mereka!

Cepat, mudah & berikan tenaga? Apa lagi jika bukan MILO®!

Bila hari dimulakan dengan makanan dan minuman yang mampu memberikan tenaga serta nutrisi yang mencukupi, anak-anak pun akan lebih fokus! Semuanya akan jadi lebih teratur dan anak-anak mesti akan jadi lebih bertenaga untuk belajar.

 

Penuh dengan kebaikan Barli Malt untuk tenaga, susu sebagai sumber protein dan kalsium, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan, serta perisa coklat yang digemari ramai, MILO® sememangnya minuman paling ideal untuk para pelajar memulakan hari mereka!

Paling penting, setiap 1 cawan MILO® mengandungi 124 kcal iaitu 6% daripada keperluan tenaga harian anda**!

**Berdasarkan 2000kcal

Kesukaan setiap anak anda berbeza?MILO® ada pelbagai varian produk!

Bukan hanya satu tapi ada pelbagai pilihan MILO® yang boleh anda pilih mengikut kesukaan anak-anak. Antaranya ialah:

  • MILO® Kosong

Nikmati rasa lazat dan hebat MILO® sama seperti daripada tin, kini dalam bentuk pek stik yang mudah. Bancuh MILO® anda di mana-mana dan bila-bila masa anda mahukannya.

  • MILO® 3-dalam-1

MILO® 3-dalam-1 menawarkan rasa hebat MILO® dalam pek mudah. Hanya tambah air panas dan anda dah boleh nikmati rasa MILO® yang anda suka! Sangat cepat dan mudah!

  • MILO® Less Sugar

Anda juga boleh nikmati minuman malt coklat kegemaran anda, dengan 25% kurang gula! Ia mempunyai kemanisan yang menepati citarasa anda! Ia juga tinggi dengan kalsium dan juga sumber protein.

  • MILO® with Whole Grain Cereals

Resipi baharu kami memberikan bijirin tambahan untuk sarapan yang ringan lagi mengenyangkan! Ianya tinggi serat dan pasti boleh membuatkan pagi anda cukup bertenaga!

Walaupun ibu bapa sibuk bekerja dari rumah, anak-anak anda boleh bancuh sendiri produk MILO® kesukaan mereka dan terus mulakan kelas online. Mudahnya!

Spice-up menu MILO® anak anda dengan resipi-resipi ini

Pelbagaikan menu MILO® anda kalau dah jemu dengan MILO® panas atau MILO® ais saja! MILO® ada sediakan pelbagai resipi yang anda sekeluarga boleh cuba di rumah. Setanding minuman di kafe tau!

Resipi ini menggunakan MILO® with Whole Grain Cereal. Wahhh, kreatifnya!

Nak resipi menggunakan MILO® Less Sugar? Ha, resipi dekat bawah ni menggunakan 1 stik pek MILO® Less Sugar dan bahan-bahan lain yang mudah untuk didapati dekat rumah anda!

Ada lagi menu-menu lain yang anda boleh cuba! Klik saja link ini untuk cuba resipi-resipi menarik yang lain!

Dapatkan produk MILO® dengan segera dan bersedia untuk mulakan hari dengan penuh bertenaga! Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM, teruskan usaha dan selamat maju jaya dari kami!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×