Kini Trending

[TERKINI] PM Umum Pelbagai Bantuan Termasuk Bantuan Sekolah RM150 Untuk Murid, Disalurkan Awal Januari

3
SHARES

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa bantuan bagi meminimumkan impak kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung rakyat.

Perdana Menteri mencadangkan perkara itu ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca juga: Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini, Sempena Acara Larian Maraton

BAYARAN RM150 KEPADA SEMUA MURID TANPA AMBIL KIRA HAD PENDAPATAN IBU BAPA

PM Anwar Ibrahim mengumumkan bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan disalurkan lebih awal iaitu pada Januari 2023. – Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Bagi mengatasi isu generasi tercicir ekoran pandemik COVID-19, beliau berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM150 kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Katanya, adalah penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 1 MANFAAT KEPADA HAMPIR 9JUTA PENERIMA

Perdana Menteri antara lain turut mengumumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini, akan diteruskan dengan bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan disalurkan lebih awal iaitu pada Januari 2023.

Katanya, bayaran Fasa 1 akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion, membabitkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang, selain berharap ia akan membantu meringankan beban ditanggung rakyat ketika ini.

BANTUAN TAMBAHAN KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH

“Kerajaan akan terus memastikan kebajikan pekebun kecil getah sewaktu musim tengkujuh. Setakat ini, kerajaan telahpun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi November dan Disember ini dengan bantuan keseluruhan RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah.

“Sukacita sebagai tambahan, kerajaan bercadang menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM200 kepada pekebun kecil getah, Januari ini.

“Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya.

PENJAWAT AWAM GRED 11-56 DAPAT KENAIKAN TAMBAHAN RM100 SETAHUN

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 bernilai RM100 ringgit kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah bernilai RM700 ringgit, manakala RM350 bagi sejuta pesara.


ANTARA SENARAI BANTUAN BAKAL DISALURKAN PADA AWAL JANUARI 2023

1. Bantuan Awal Persekolahan

  • bernilai RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa.

2. Bayaran Tunai Rakyat Fasa 1

  • RM300 bagi setiap isi rumah.
  • RM100 untuk penerima bujang.

3. Bantuan Tambahan

  • RM200 kepada pekebun kecil getah.

4. Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023

  • Sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

5. Bantuan Khas Kewangan

  • RM700 ringgit kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah.
  • RM350 bagi sejuta pesara.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×