Rakyat

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini, Sempena Acara Larian Maraton

9
SHARES

Ikon Pulau Mutiara, Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Ahad ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, jambatan itu akan ditutup mulai pukul 12 tengah malam hingga pukul 10 pagi, lapor Kosmo petang semalam.

Baca juga: “Isteri Adalah Pendamping, Bukan Punching Bag”- Kes Viral Heret Isteri, Bekas Suami Penyanyi Dijatuhkan Hukuman

JAMBATAN PULAU PINANG DITUTUP SEMENTARA AHAD INI

Gambar: Jambatan Pulau Pinang.

”Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara larian tersebut.

”PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan,” katanya di sini, semalam.

Tambah kenyataan itu, pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

Gambar: Laman Facebook PLUS Malaysia.

Sumber: Kosmo! Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×