Hebahan

[TERKINI] PM Umum 5 Kelonggaran Penerima Vaksin Lengkap Mulai 10 Ogos

10.6K
SHARES

Mungkin ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman yang dikatakan bakal diumumkan oleh Perdana Menteri berkaitan kelonggaran bagi sesiapa yang telah menerima dos vaksin lengkap. Ini juga termasuk kemudahan dan kebenaran merentas daerah dan negeri khususnya bagi kita yang sudah lama tidak pulang ke kampung.

KELONGGARAN PENERIMA VAKSIN LENGKAP

Mengira situasi semasa Program Immunisasi Kebangsaan yang menunjukkan peningkatan yang cemerlang, kerajaan memutuskan untuk memberikan kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu yang telah menerima vaksin seluruh negara.

1.Penggembara warganegara & bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia yang tiba dari luar negara dibenarkan kuarantin wajib di rumah sahaja.

2.Pasangan PJJ yang telah lengkap dua dose dibenarkan rentas daerah dan negeri.

3.Ibu bapa yang yang dapat dua dose lengkap dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri untuk jumpa anak bawah 18 tahun.

4.Aktiviti solat sahaja dibenarkan di masjid untuk individu lengkap dua dose. Perlu tunjukkan sijil digital vaksinasi yang lengkap. Ini juga termasuk kepada penganut bukan agama Islam.

5.Memberikan kemudahan sektor sosial untuk negeri Fasa 2 dan ke atas: Rentas daerah dibenarkan, dine-in dibenarkan, sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dibenarkan, aktiviti perlancongan dalam negeri dibenarkan dan ini melibatkan homestay dan hotel.

*Info vaksin lengkap

-Penerima vaksin dua dose, Pfitzer, AstraZaneca & Sinovas : Mesti melepasi 14 hari setelah disuntik.

-Penerima vaksin satu dise, Moderna & Johnson: Mesti melepasi 28 hari setelah disuntik.

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×