Hebahan

[TERKINI] Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Bagi Sesi 2020 Bermula 24 Jun

10.6K
SHARES

Berikutan pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa sesi persekolahan akan dibuka pada esok hari iaitu 24 Jun 2020 yang akan melibatkan pelajar dari Tingkatan 5 dan 6 dahulu, hari ini KPM telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.

PINDAAN TAKWIM PERNGGAL PERSEKOLAHAN 2020

Ini bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan dari segi penjadualan dan pembelajaran pelajar sekolah.

Pindaan melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan dari sembilan kepada lima hari bagi sekolah yang berada dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Dengan itu, jumlah keseluruhan sesi persekolah tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari.

JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

Berikut merupakan Pindaan Penggal Persekolahan sesi 2020 bagi negeri yang berada dalam kumpulan A( Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu)

Kumpulan B adalah untuk sekolah-sekolah berada di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Ini pula merupakan taraikh-tarikh cuti perayaan bagi tahun 2020.

Sumber : Bernama TV

Most Popular

To Top