Hebahan

[TERKINI] Pasangan Suami Isteri PKP Dibenarkan Rentas Negeri Bermula 27 Januari- MKN

36
SHARES

Umum mengetahui bahawa seluruh negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan buat kali kedua. PKP ini juga telah berlangsung selama dua minggu dan dilanjutkan lagi sehingga 4 Februari 2021.

Ini menimbulkan kegusaran ramai orang yang tidak dapat merentas negeri terutama sekali untuk bertemu keluarga. Ada yang sudah hampir berbulan tidak bertemu pasangan dan anak-anak kerana berada di negeri yang berbeza.

PASANGAN SUAMI ISTERI PKP BOLEH RENTAS NEGERI

Terbaharu, pasangan suami isteri jarak jauh dibenar rentas negeri dengan kebenaran polis mulai esok (27 Januari), umum Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian sebentar tadi.

Ini mungkin berita baik buat pasangan suami isteri yang terpisah akibat pelaksanaan semula PKP di kawasan masing-masing kerana mereka dibenarkan memohon kebenaran dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk merentas negeri.

Namun, perlu anda tahu bahawa menunjukkan bukti surat dari pihak PDRM adalah wajib.  Mana-mana pasangan suami isteri yang mahu masuk ke negeri yang dikenakan PKP perlulah mengemukakan bukti dan maklumkan tujuan sebenar mereka kepada pihak PDRM.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×