Sambutan Ambang Tahun Baharu yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pembatalan itu susulan keadaan banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.
SAMBUTAN TAHUN BARU DIBATALKAN

Gambar: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) turut serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (dua kanan) hadir sama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (kanan), Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (kiri) pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri – Facebook Anwar Ibrahim.
“Oleh kerana beberapa negeri banjir dan mengambil kira kesusahan rakyat, maka sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.
Dengan keputusan itu, ia mengulangi keputusan kerajaan terdahulu yang juga tidak mengadakan sambutan tahun baharu 2022 kerana mengelak risiko penularan COVID-19, lapor Berita Harian.
Sumber: Berita Harian