Rakyat

[TERKINI] Garis Panduan Majlis Akad Nikah & SOP Solat Jumaat, Solat Fardhu Di Semua Zon

55
SHARES

Semenjak kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan, sudah banyak garis panduan dan SOP yang telah diperkenalkan. Namun, apa yang membimbangkan setelah sedikit reda peningkatan kes dalam masa 3 bulan lepas, kini kes melibatkan Covid-19 menunjukkan peningkatan yang merisaukan.

Jadi, salah satu garis panduan atau SOP yang menjadi persoalan ramai sudah tentu berkaitan hal ehwal agama iaitu termasuklah urusan akad nikah, solat fardhu serta solat Jumaat di masjid-masjid. Oleh itu, terbaharu, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah membentangkan SOP terbaharu berkaitan hal tersebut.

SENARAI SOP MAJLIS AKAD NIKAH DAN SOLAT JUMAAT TERBAHARU

1. Jumlah jemaah solat diperluaskan sehingga 1/3 daripada kapasiti dewan solat utama masjid dan surau Jumaat bagi zon hijau dan kuning di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

2.Bagi solat fardhu 5 waktu di kawasan zon hijau dan kuning, kapasiti yang dibenarkan adalah tidak melebihi 30 orang jemaah. Tertakluk kepada keluasan deaan solat utama masjid dna surau, dengan penjarakan 1 meter.

3. Bagi Wilayah Persekutuan Labuan yang berada dalam zon merah, jumlah jemaah solat Jumaat dihadkan kepada 12 dan solat lima waktu dihadkan kepada 3 orang. Dalam masa yang sama, aturan ini akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sekiranya wujud zon merah di kawasan tersebut.

4. Majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk kepada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

– Premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid terpilih yang ditetapkan oleh JAWI.

– Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

5. SOP ini berkuatkuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan bermula jumaat, 6 November 2020.

-Untuk negeri-negeri lain, ia tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

CADANG SEDIAKAN PERALATAN SOLAT, PELITUP MUKA

Menurut Dr.Zulkifli lagi, beliau turut menyampaikan luahan segelintir anak kariah setempat supaya pihak Jawatankuasa Masjid dan Surau lebih mengutamakan pendekatan yang sesuai ketika menegur jemaah yang terlupa membawa sejadah atau pelitup muka.

Beliau turut menyarakan supaya pihak masjid dan surau turut menyediakan sejadah dan pelitup muka bagi sesiapa yang terlupa. besar pahalanya jika membantu orang, bukan?

Bukan itu sahaja, beliau juga mencadangkan supaya masjid dna surau di zon hijau dna kuning menyediakan ruang solat khusus bagi penghantar makanan dan pemandu e-hailing, kerana mereka bermusafir dan ingin menunaikan solat.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×