Hebahan

Pengalaman Memandu Kapal Terbang Di Terminal Subang SkyPark

84
SHARES

Lapangan terbang paling sibuk di Malaysia beri pengunjung peluang untuk menjadi juruterbang

Para pengunjung di Terminal Subang SkyPark kini boleh memakai topi Kapten dan membawa kapal terbang Airbus A320 atau Boeing 737 di SimFlightKL, salah sebuah simulator penerbangan yang terulung di Malaysia.

image-g

Diasaskan oleh Kapten Amin Said, SimFlightKL terbuka kepada orang luar, penggemar penerbangan, dan juruterbang yang sedang di dalam latihan. Di antara tiga simulator penerbangan seumpamanya di Malaysia, ia memberikan para pengunjung sebuah pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.

SimFlightKL merupakan sebahagian daripada pelbagai pilihan membeli-belah, gaya hidup dan makanan, yang telah menjadikan Terminal Subang SkyPark sebagai destinasi yang menarik. Pendekatannya yang unik dengan menggabungkan penerbangan dengan santai telah menukar pengalaman lapangan terbang secara keseluruhannya, yang sebelum ini sering dikaitkan dengan masa menunggu yang lama dan perjalanan yang membosankan. Ini telah membenarkannya menarik bukan sahaja pengembara, tetapi juga komuniti di sekeliling lapangan terbang.

image-e

“SimFlightKL merupakan tempat untuk keluarga dan rakan-rakan untuk memulakan pengembaraan yang menarik. Di Terminal SkyPark, kami berusaha untuk menyediakan pengalaman yang benar-benar unik kepada para pengunjung,” kata Francis Anthony,  Naib Presiden Kanan Bahagian Operasi di Terminal SkyPark.

“Penubuhan perniagaan kami di Terminal SkyPark sangat menguntungkan kami. Ia telah berjaya menarik pelanggan daripada ramai penumpang yang mengunjungi lapangan terbang ini sebagai hab destinasi mereka. Harapan kami agar kami dapat menyediakan peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati peluang menerbangkan pesawat mereka sendiri, yang turut menjanjikan pengalaman yang mendatangkan kepuasan,” kata Kapten Amin Ali, Pengasas dan Pengarah di SimFlightKL.

image-b

Terminal SkyPark memegang status sebagai sebuah lapangan terbang bandar yang popular, dengan lebih daripada 3 juta pengunjung pada tahun 2015, dan dianggarkan 5 juta pengunjung pada tahun 2020, bertindak sebagai penggalak kepada perniagaan seperti SimFlightKL untuk beroperasi di dalamnya.

SimFlightKL terbuka kepada para pengunjung daripada hari Isnin sehingga Ahad, dari jam 9.30 pagi sehingga 9 malam. Pengunjung boleh memilih daripada beberapa pakej yang bermula dari serendah RM55. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.simflightkl.com.my/ atau hubungi di talian 03 7847 4287. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Terminal SkyPark Terminal di www.subangskypark.com atau kunjungi laman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/SubangSkyPark/.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×