Asuh

‘Tengok X-Ray Ada Dalam Perut,’ Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Tertelan Gelang Emas

4.6K
SHARES

Ramai ibu-ibu yang suka pakaikan anak dengan pakaian dan aksesori yang cantik.

Ia adalah sesuatu yang semulajadi memandangkan kita memang suka pada kecantikan.

Namun, ibu ayah perlu lebih berhati-hati terutamanya jika aksesori bersaiz kecil sebegini dipakaikan pada anak kecil.

Dalam artikel ini, Puan Amiza Rahmat berkongsi pengalaman cemas beliau ketika anaknya Humaira Farisha dikejarkan ke hospital apabila disyaki tertelan aksesori gelang tangan (charms bracelet).

Berikut dipaparkan perkongsian penuh daripada Puan Amiza di bawah, semoga menjadi peringatan dan pengajaran buat kita semua.

Kejadian Berlaku Di Rumah Penjaga

Bismilahirahmanirrahim.

Mummy simpan sini sebagai pengajaran untuk mummy dan juga ibu-ibu lain di luar sana.

Semua tau yang Humaira Farisha is a special baby.

Mummy bagi pakai kat tangan kiri sebab tangan kiri adik tak bergerak dan selalu genggam je.

Anak tertelan gelang emas

Harini before mummy pergi work, adik okay dan banyak bebel.

Mummy hantar adik peg rumah neni mcm biasa. Jam lebih kurang 9.10 pagi, neni call mummy.

Suara neni cemas dan panik sambil bgtau yang adik dah tertelan emas. Mummy pon dengar suara adik nangis masa neni call. Allahu masa tu hati mummy macam nak gugur!

Terus Berkejar Ke Klinik

mummy terus tinggalkan discussion dengan HR dan supervisor untuk balik tengok adik.

Sampai rumah neni bgtau adik dah muntah charms yang bulat tu tapi charms yang bentuk handbag tak jumpa.

So, mummy buat keputusan untuk bawa adik ke klinik untuk x-ray dan minta neni sambung cari dekat rumah.

Sampai dekat klinik, kita daftar dan jumpa doktor dulu.

Doktor bagi surat untuk buat x-ray. Masa tunggu result x-ray mummy sentiasa doa semoga adik tak telan charms tu.

Apakan daya masa result x-ray keluar mummy terkejut rasa nak rebah tengok charms handbag tu dah dalam perut adik.

Mummy peluk adik erat-erat sambil air mata mummy mengalir. Allah je tau masa tu hati mummy macam mana.

Lepas tengok result doktor klinik refer adik ke hospital selayang untuk jumpa pakar.

Dalam perjalanan mummy pegang adik kuat-kuat sambil hati ni memberontak salahkan diri sendiri.

Anak tertelan gelang emas

Anak tertelan gelang emas

 

 

Dimasukkan Ke Zon Kuning

Sampai hospital doktor masukkan adik kat bahagian kecemasan zon kuning.

Alhamdulillah doktor kata charms tu dah masuk dalam perut bukan saluran pernafasan.

Adik pon nampak ok je dan doktor kata adik boleh discharge dengan bekalan ubat untuk keluarkan charms tu.

Anak tertelan gelang emas

Buat masa 4-5 hari mummy kena pantau adik.

Walaupun sekarang mungkin nampak macam tak serius sangat sangat, tapi bahaya kalau charms tu masuk dekat saluran pernafasan.

So, ni pengajaran dan situasi yang mummy tak akan lupakan.

Semoga tak jadi lagi.

Humaira Farisha kuat.

*Sumber perkongsian asal: Facebook Amiza Rahmat
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=803095343680898&id=100019413194876

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×