Teknologi

Cara Buat Temujanji Online Pejabat Pos Untuk Urusniaga JPJ

2.3K
SHARES

Tahukah anda, mulai 9 Ogos 2021 (Isnin), kita perlu membuat temujanji online Pejabat Pos bagi urusan yang melibatkan urusniaga JPJ seperti pembaharuan lesen dan cukai jalan (roadtax) kenderaan.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak POS Malaysia dalam sebuah kenyataan terkini bertarikh 7 Ogos. Seperti yang kita sedia maklum, ia adalah bertujuan mengelakkan kesesakan dalam tempoh pandemik ini.

Jadi, bagi yang nak pergi pejabat pos untuk renew lesen atau roadtax, pastikan booking appointment online dulu ya!

Di sini kami paparkan cara nak booking appoiment untuk urusan JPJ yang dikongsikan melalui Facebook Shariza Fitdha.

Jom tengok langkah-langkahnya supaya mudah nak tempah slot temujanji nanti!

CARA ‘BOOKING’ TEMUJANJI ONLINE PEJABAT POS

Untuk makluman, temujanji pejabat pos ni hanya untuk urusan JPJ sahaja. Urusan lain yang tak berkenaan dengan JPJ boleh walk-in sahaja.

Nanti kalau nak buat janji temu, urusan JPJ ni hanya seorang sehari 1 kali sahaja. Urusan tak lebih dari 3.

Rujuk langkah-langkahnya di bawah:

LANGKAH 1

Layari laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Di bawah ni apps Pos Malaysia.

Ini pula laman web POS Malaysia.

temujanji online pejabat pos

LANGKAH 2

Pilih menu janji temu secara dalam talian melalui Outlet Finder macam yang dah ditandakan di atas.(https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder/)

Kalau guna apps, cari ikon yang sama juga – Outlet Finder macam yang dibulatkan kat bawah ni.

temujanji online pejabat pos

LANGKAH 3

 

Pilih Negeri> Cawangan Pejabat Pos> Klik pada pautan yang disediakan.

temujanji online pejabat pos

LANGKAH 4

Lepas tu, klik dekat tulisan biru – ‘Book Your JPJ Service Appointment’

temujanji online pejabat pos

LANGKAH 5

Isikan butiran temujanji yang di ruangan yang disediakan.

Pilih masa, tarikh semua dan nombor telefon semua tu lah.

temujanji online pejabat pos

LANGKAH 6

Sila simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) untuk dibawa ketika waktu temujanji.

Kat situ nanti akan ada juga butang Cancel Booking – kalau nak batalkan temujanji atau Reschedule – untuk tukar tarikh / masa temujanji.

 

 

 

OK mudah kan? Selamat mencuba!

Oh ya, kalau rasa leceh nak appointment semua ni, kita boleh juga renew lesen dan roadtax online saj. Nak tahu macam mana, sila rujuk artikel ni: Cara Renew Lesen Memandu Online Guna Myeg, Pantas & Mudah!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila posting asal Shariza Fitdha di pautan https://www.facebook.com/ja.taib/posts/3777614409006021 atau layari laman web https://www.pos.com.my/

Facebook rasmi POS Malaysia: https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad/

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.pos.com.my/…/renewal-of-lesen-kenderaan…

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×