Percutian

Macam 5 Bintang, Ini 10 Hotel Bawah RM200 Semalam Di Phuket Sesuai Untuk ‘Family Trip’

206
SHARES
tempat menarik phuket

Musim cuti sekolah telah tiba! Inilah masanya untuk anak-anak berehat dan ibu bapa juga mengambil cuti sementara anak-anak tidak sibuk dengan hal pelajaran. Bercuti merupakan salah satu aktiviti yang anda boleh lakukan bersama anak-anak supaya dapat meluaskan pengalaman dan pandangan mereka dalam mengharungi proses pembesaran. Tapi, dah bosan bercuti di dalam negara, lokasi mana yang sesuai bercuti di luar negara tetapi tidak terlalu jauh?

Jawapannnya adalah Phuket, Thailand. Tidak terlampau jauh dan tidak terlampau dekat, Phuket sememangnya menjadi lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga bersantai dan ‘jalan-jalan cari makan’. Oleh itu, kami senaraikan antara 10 hotel di Phuket yang sangat sesuai menjadi tempat penginapan buat anda sekeluarga. Cantik-cantik belaka hotel di Phuket.

1. The Arbern Hostel x Bistro

The Arbern Hostel x Bistro adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang menawarkan 24 buah bilik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan sepanjang penginapan. Rekaan dalaman hotel ini cukup stylish dan moden dengan menggunakan warna-warna putih, hitam dan tona coklat kayu. Terasa seperti menginap di sebuah hotel premium walau harga yang dikenakan sangat berpatutan.

Lokasinya pula, terletak hanyalah 10 minit berjalan kaki dari Old Town Phuket, 5 minit untuk ke pusat membeli-belah terdekat Limelight dan hanyalah 2 minit untuk ke 7/11 yang dibuka 24 jam sekiranya anda ingin makan snek sambil bersantai di dalam bilik.

Harga: Dari RM105+ Semalaman

Alamat: 54 Suthat Road, 83000 Phuket Town

2. Samkong Place

Samkong Place adalah sebuah hotel yang terletak di dalam bangunan dengan seni bina inspirasi Sino-Portugis. Lokasi hotel ini yang terletak di dalam kawasan kejiranan menjanjikan ketenangan dari sebarang gangguan bunyi untuk rehat yang sebenar.

Bukan sekadar cantik di luar, rekaan dalamannya juga unik dengan sentuhan dekorasi berkonsep antik serta gabungan warna yang menarik. Bilik-biliknya juga luas untuk anda inapi bersama keluarga. Sambil berehat di dalam bilik, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang berkelajuan pantas untuk berhibur atau menyelesaikan tugasan lain.

Harga: Dari RM124+ Semalaman

Alamat: 369/142 Yaowarat Road, Tambon Taladyai, Phuket, 83000 Phuket Town

3. Blu Monkey Bed & Breakfast

Blu Monkey Bed & Breakfast adalah sebuah penginapan yang menawarkan 49 buah bilik yang selesa. Kedudukannya terletak di tengah bandaraya Phuket menjadikan ianya lokasi yang strategik untuk memudahkan penerokaan anda. Apa yang menariknya tentang hotel ni selain lokasinya adalah rekaan dalamannya yang sangat menarik. Menggunakan warna monokrom dan berlantaikan kayu, hotel ini dapat melahirkan rasa relaks setelah kepenatan berjalan.

Nak makan angin di kawasan sekitar? Anda boleh menyewa motorsikal atau menggunakan basikal yang pihak hotel sediakan secara percuma! Ya, basikalnya percuma, dapatlah anda berjimat dan exercise dalam waktu yang sama.Untuk hiburan pula, anda boleh menggunakan wifi dengan kelajuan pantas yang disediakan atau menonton tv yang menawarkan banyak siaran movie Inggeris. Bosan? Tidak di hotel ni.

Harga: Dari RM124+ Semalaman

Alamat: 113/3 Soi Hongyok Utit Road, Talad Yai, Muang, , 83000 Phuket Town

4. L’atelier Poshtel Phuket

Memang moden! Seperti melangkah masuk ke dalam galeri seni yang bergaya mewah, L’atelier Poshtel Phuket adalah sebuah pilihan yang dapat membuatkan jiwa sesiapa sahaja teruja. Setiap bilik peribadi dan bilik dorm hotel ini memiliki gaya yang tersendiri. Kreativiti pemilik hotel ini seperti tiada hadnya. Antara jenis penginapan yang ditawarkan adalah superior loft room, superior room with mountain view, quadruple room, female dorm, male dorm dan mixed dorm.

Tarikan hotel ini bukan hanya pada konsepnya, tapi juga kemudahan yang disediakan seperti bilik ‘rahsia’ yang penuh dengan DVD dan buku. Membuatkan anda terasa seperti berada di dalam dunia Harry Potter. Memang stylish! Lokasinya, terletak di antara kawasan yang terbaik di Phuket, dikelilingi oleh pusat-pusat membeli-belah terkemuka seperti BigC Supermarket, Tesco Lotus Extra dan Central Phuket.

Harga: Dari RM167+ Semalaman

Alamat: 101/31, Bypass Square, Chalerm Phrakiet Rama 9 Road Kathu, 83130 Phuket Town

5. ID Residences

ID Residences menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan perabot-perabot kayu melahirkan suasana klasik. Ruang biliknya cukup luas menjadikan ia sempurna untuk dijadikan pilihan sekiranya anda datang bercuti bersama keluarga. Kalau bernasib baik, anda mungkin dapat menginap di dalam bilik dengan pemandangan bukit-bukau.

Sebagai penginap di hotel ini, anda dapat menyegarkan badan di kolam renang rooftop hotel sambil menikmati pemandangan mempesonakan gunung-ganang di kejauhan. Setelah segar, anda boleh menuju ke kawasan taman hotel ini yang luas untuk menikmati angin luar dan menyegarkan deria mata dengan kehijauan. Ingin membasahkan tekak? Hotel ini menyediakan air kopi dan teh secara percuma.

Lokasinya, hanyalah sekitar 15 minit daripada Patong dan 5 minit dari Old Town Phuket. Anda juga boleh menyewa kereta secara terus daripada pihak hotel untuk memudahkan pergerakan.

Harga: Dari RM128+ Semalaman

Alamat: 266 Yaowarat Rd, Phuket Town, Phuket, Thailand, 83000

6. The Blanket Hotel Phuket Town

The Blanket Hotel Phuket Town menawarkan 29 buah bilik yang dihias dengan warna lembut lengkap dengan perhiasan fabrik bermotif Peranakan. Bilik moden dengan sedikit sentuhan klasik, menarik bukan? Bilik-biliknya juga sangat luas memberikan keselesaan kepada anda yang datang bersama keluarga.

Setelah penat berjalan ke sana-sini, anda juga boleh mendapatkan urutan kaki tradisional yang menggunakan tempurung kelapa. Memang unik dan wajib dicuba! Kalau betul efektif, bolehlah cuba di rumah kan?

Harga: Dari RM156+ Semalaman

Alamat: 95/19-21 Montri Road Tambon Talat Yai, Amphoe Mueng, 83000 Phuket Town

7. PeranaKan Boutique Hotel

PeranaKan Boutique Hotel merupakan sebuah penginapan yang menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan moden dan minimal, cukup sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang simple dan kemas, memberikan anda keselesaan yang luar biasa tanpa perlu mengeluarkan bajet yang berlebih-lebihan.

Apa yang tak patut dilepaskan semasa anda menginap di hotel ini adalah untuk menggunakan masa senggang yang ada dengan bersantai di Rooftop Sky Gardennya yang menyajikan pemandangan seluas 360 darjah sekitar Phuket sehingga ke kawasan bukit-bukau berhutan hujan tropika. Sebuah pemandangan yang dapat menghilangkan segala gundah-gulana di jiwa. Lokasinya, terletak berdekatan dengan Old Town Phuket dan perhentian bas. Untuk ke pasar malam terdekat pula, hanyalah 4 minit berjalan kaki dari sini.

Harga: Dari RM116+ Semalaman

Alamat: 89/1-2 Phuket Road Talad-Yai Mueang, 83000 Phuket Town

8. EcoLoft Hotel

EcoLoft Hotel adalah sebuah penginapan dengan gaya industrial moden dan minimal, ingin mencuba konsep yang berbeza? Bookinglah EcoLoft Hotel. Bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini juga sangat luas menjadikan ianya hotel yang selesa untuk anda bermalam bersama keluarga.

Apa yang menariknya lagi tentang hotel ini adalah kerana anda dapat menggunakan kolam renang rooftop yang disediakan sambil menikmati pemandangan di sekitar Phuket. Anda boleh juga berehat-rehat di kerusi malas yang disediakan di tepian kolam.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: 1 Phang-Nga Road Soi 4, Talat Yai, Mueang Phuket District, Phuket, Thailand, 83000 Phuket Town

9. Tee Pak Dee Resident Phuket

Tee Pak Dee Resident Phuket adalah sebuah penginapan yang selesa dengan rekaan dalaman ringkas berlantaikan kayu. Biliknya juga sangat luas menjadikan ia pilihan yang tepat untuk penginapan bersama keluarga. Nak berehat dan menikmati angin luar tanpa perlu keluar dari hotel? Anda boleh bersantai di ruang balkoni di atas bumbung hotel ini sambil menikmati minum petang.

Inginkan kudapan atau minuman? Pihak hotel menyediakan menyediakan snek dan air kopi percuma dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang di ruang lobi hotel. Macam mana kalau teringin mengunyah sesuatu selain daripada waktu ni? Anda boleh singgah ke 7/11 yang hanyalah beberapa minit berjalan kaki dari hotel. Lokasinya, sangat strategik sekiranya anda merancang untuk menuju ke jeti yang terletak berdekatan dan menerokai pulau-pulau indah yang ada di sekitar Phuket. Untuk ke bandar Phuket pula, masa yang diambil hanyalah 10 ke 15 minit berjalan kaki dari sini. Anda juga boleh ke terminal minibus dengan hanya berjalan kaki.

Harga: Dari RM130+ Semalaman

Alamat: 22/54-56 Luangphorwatchalong Road. Talad Yai, Mueang, 83000 Phuket Town

10. Ritsurin Boutique Hotel

Hotel yang stylish, Ritsurin Boutique Hotel adalah sebuah hotel dengan konsep tersendiri, urban dan minimal dengan inspirasi daripada gaya Jepun. Biliknya cukup luas untuk keselesaan bersama keluarga. Setelah puas menikmati rehat di dalam bilik yang selesa dan bersih, anda boleh juga bersantai di rooftop hotel ini untuk menikmati angin luar. Cukup chill bukan? Tak cukup dengan itu, pihak hotel juga turut menyediakan secara percuma roti bakar, pisang, air teh dan air kopi yang boleh diambil dari ruang lobi hotel.

Lokasinya, hanyalah 5 minit berjalan kaki untuk ke Old Town Phuket dan tidak jauh dari bus stop sekiranya anda ingin melawati kawasan lain.

Harga: Dari RM118+ Semalaman

Alamat: 1/5 maeluan Rd. Muang, Phuket, 83000 Phuket Town

*Kalau nak berkunjung ke Phuket boleh menginap di hotel-hotel ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×