Percutian

7 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak-Anak Berjalan Sekitar Ipoh, No 6 Paling Unik!

226
SHARES

Cuti perayaan Deepavali dah nak dekat, mesti ramai yang nak keluar berjalan-jalan bersama keluarga kan? Bagi anda yang berada di luar kawasan Ipoh pastinya sudah mengetahui bahawa Ipoh mempunyai pelbagai tarikan menarik dari segi makanan sehinggalah ke lokasi untuk beriadah bersama anak-anak. Oleh itu, kami senaraikan antara 7 tarikan tempat menarik di Ipoh yang anda boleh pergi hujung minggu ini bersama seisi keluarga.

1.Movie Animation Park Studio (MAPS)

Berita Harian

Kalau anda tercari-cari Disneyworld di Malaysia, Movie Animation Park Studios adalah salah satu tarikan yang lebih kurang bestnya macam Disneyworld. Jangan pandang rendah, taman animasi ni ada tersangatlah banyak perkara menarik untuk dibuat dan dicuba!

Untuk pengetahuan anda Movie Animation Park Studios ini terbahagi kepada 6 zon dengan tema yang berbeza-beza, 25 tarikan interaktif dan 15 rides yang luar biasa seronok untuk dinaiki!

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Hari Rabu (10.00 am – 6.00 pm) | Sabtu & Ahad (10.00 am – 10.00 pm) | Rabu Tutup Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah

Bayaran Masuk (Online): Dewasa RM72 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM63

Alamat: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Negeri Perak

2. Taman Rekreasi Dr. Seevinasagam

Nama lain yang diberikan kepada taman rekreasi ini ialah Taman D.R. dan Coronation Park. Taman ini adalah taman yang tertua di Ipoh kerana ianya telah dibuka sejak tahun 1950-an lagi. Apabila anda menjejakkan kaki ke taman ini anda akan dapat melihat tasik buatan yang di dalamnya terdapat beberapa spesies ikan yang berbeza.

Lokasi: Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh

3. Tasik Cermin, Gunung Rapat

Sekiranya anda seorang yang sukakan sesuatu yang unik dan suka discover tempat baru, anda mesti melawat Tasik Cermin Gunung Rapat.Memang betul-betul kena ‘teroka’. Untuk menuju ke kawasan tasik ini anda perlu mencabar diri mencari lokasinya yang sebenar yang agak tersorok. Setelah sampai ke lokasi, anda perlu melalui sebuah gua yang agak gelap, tapi anda boleh nampak cahaya daripada ruangan hujung gua ini. Dan sampailah ke lokasi tasik yang sangat cantik!

Alamat: Persiaran Pinggir Rapat 5a, 31350 Ipoh, Negeri Perak

4. Kledang Saiong

Tarikan utama di dalam Taman Rimba ini selain daripada udara yang menyegarkan dan pemandangan penuh kehijauan di sekitarnya. Aktiviti yang boleh dilakukan selain melawat taman periuk kera ini adalah bersantai di ruang lepak yang turut dilengkapi dengan kemudahan BBQ, sekadar merehatkan diri sambil menghirup udara segar dari gazebo indah yang disediakan, ataupun berkhemah. Namun begitu, untuk berkhemah, anda perlu mendapatkan keizinan daripada Pejabat Hutan Daerah dulu.

Waktu Operasi: 6.00 am – 7.00 pm

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Persiaran Meru Utama, Negeri Perak

5. Lost World Of Tambun

Taman tema Lost World of Tambun ini secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park. Di dry park anda boleh meningkatkan adrenalin dengan menaiki roller coaster yang juga sesuai untuk kanak-kanak, juga terdapat rumah hantu jika anda inginkan sedikit thrill.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat kecuali Selasa (11.00am – 6.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum (10.00am – 6.00pm) | Selasa Kecuali Cuti Sekolah/Cuti Umum (Tutup)

Bayaran Masuk Online: Dewasa RM65 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM60.50

Normal: Dewasa RM100 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM93

Telefon: +605 5428888

Lokasi: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh

6. Miniature Wonders Art Gallery Ipoh

Anda boleh masuk ke dalam muzium ini untuk melihat suasana yang kelihatan agak realistik dengan kehidupan zaman-zaman dinasti di negara China! Mempunyai bangunan 2 tingkat untuk dilihat diorama-diorama ini yang pasti akan memukau sesiapa sahaja yang melihat memandangkan hasilnya yang sangatlah terperinci daripada kedutan baju hinggalah kepada interaksi atau ekspresi wajah antara patung-patung di dalam setting yang juga dibentuk dengan sempurna.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Percuma Tapi Untuk Ke Tingkat Atas Memerlukan Bayaran RM5

Alamat: 49, Jalan Market, Ipoh, Perak

7. Taman Rekreasi Gunung Lang

Sebelum tiba ke taman rekreasi ini, anda perlu menaiki bot yang akan membawa anda menyeberangi tasik ditemani dengan lanskap indah bukit batu kapur. Setibanya di taman rekreasi ini, anda akan dapat melihat air terjun buatan manusia di atas bukit batu kapur. Untuk anda yang membawa anak pula, taman rekreasi ini turut dilengkapi dengan taman permainan dan juga mini zoo.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8.00am – 12.00pm/1.30pm – 7.00pm) | Jumaat (8.00am – 12.00pm/2.45pm – 4.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (8.00am – 6.30pm)

Bayaran Bot: Dewasa RM3 | Kanak-kanak 3 – 12 tahun RM1.50 | Warga emas 55 tahun ke atas RM1.50

Lokasi: Taman Rekreasi Gunung Lang Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×