Selain dari mempunyai variasi makanan yang menarik, Pulau Pinang juga terkenal dengan membariskan pelbagai tempat tarikan pelancong yang memukau. Jika anda pernah atau belum ke Pulau Pinang, pastinya pernah mendengar nama Pulau Jerejak yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong kerana tarikan resortnya bukan?
Setelah lama kurang menjadi tumpuan, akhirnya Pulau Jerejak kembali menjadi tumpuan orang ramai apabila ‘wajahnya’ diperbaharui dengan warna-warna baharu yang sememangnya menjadi lebih meriah! Memang ‘instagrammable spot’ betul!
KEMBALI JADI TUMPUAN ORANG RAMAI
Paling mencuri tumpuan adalah warna-warni dekorasi di sekitar kawasan Pulau Jerejak. Jika dahulu kelihatan agak suram, kini tidak lagi.
STAIRWAY TO HEAVEN PUN ADA!
Pastinya akan menjadi tumpuan tempat anda yang suka bereksperimentasi dengan fotografi, Pulau Jerejak juga memperbaharui kawasan yang memang sesuai untuk anda bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan.
MEMANG JADI PORT UNTUK BERGAMBAR
Macam mana nak pergi ke Pulau Jerejak? Jika anda turun dari Lapangan Terbang Pulau Pinang, anda perlu terus ke Jerejak Ferry Terminal. Dari Jerejak Ferry Terminal, anda akan menaiki ferry dalam masa 10 minit sahaja untuk sampai ke pulau tersebut. Harganya adalah sebanyak RM 25 untuk dewasa dan RM 16 untuk kanak-kanak (round trip).
Sumber: Penang Foodie