Percutian

Luas & Ada 12 Jenis Permainan Air, Taman Tema Air Pertama Pulau Langkawi Sudah Dibuka!

185
SHARES

Apabila tiba musim cuti sekolah, antara tempat tarikan yang menjadi pilihan ibu bapa sudah semestinya taman tema air. Dilengkapi dengan pelbagai jenis aktiviti permainan dan boleh dijadikan tempat untuk ‘chill’, taman tema air pasti akan menjadikan cuti sekolah anak-anak lebih bermakna.

Untuk anda yang bakal bercuti ke Pulau Langkawi, mesti tidak tahu bahawa Pulau Langkawi sudah mempunyai taman tema air pertama di pulau tersebut! Nampak macam menarik dan sudah pastinya anda jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak berkungjung ke sini.

TAMAN TEMA AIR SPLASH OUT PULAU LANGKAWI

Taman tema air ‘Splash Out’ bernilai RM60 juta yang mula dibuka hari ini menjadi produk pelancongan terbaharu di Pulau Langkawi. Berkonsepkan magis dan fantasi dengan rekaan seni bina pantai klasik, taman tema yang dimiliki syarikat tempatan, Halim Mazmin Group muncul sebagai taman tema pertama di pulau terkenal itu.

Pengerusi Eksekutif Halim Mazmin Berhad, Tan Sri Halim Mohammad berkata, pembukaan taman tema itu dilihat tepat pada masanya untuk merancakkan lagi ekonomi di pulau bebas cukai yang sudah lama tidak menghasilkan produk baharu itu.

12 PERMAINAN MENARIK MENGIKUT KESESUAIAN UMUR!

Antara keseronokan yang ditawarkan kepada pengunjung di taman tema seluas kira-kira 4.8 hektar itu terdiri daripada 12 permainan menarik dan mencabar mengikut kesesuaian umur. Bukan itu sahaja, selain dari pelbagai jenis permainan untuk seisi keluarga, kemudahan lain yang disediakan adalah gerai makanan, kedai cenderamata dan sebagainya.

Tambah pihak pengurusan juga, pembukaan taman tema air itu turut membuka peluang pekerjaan kepada 120 anak tempatan.

Slide warna-warni pun ada!

Turut dilengkapi dengan kemudahan pelampung untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, ‘bay’ kawasan air juga sangat luas!

BAYARAN KEMASUKAN SPLASH OUT

Paling penting adalah untuk mengetahui berapakah bayaran kemasukan ke taman tema pertama di Pulau Langkawi ini. Bagi dewasa RM75, kanak-kanak RM55 manakala warga emas RM40. Berbaloi!

*Jom ramai-ramai datang sini sempena cuti sekolah masih ada!

Sumber : Sinar Harian, Splash Out

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×