40 Minggu

SOP Baharu: Teman Isteri Bersalin Di Hospital Tertakluk Kepada Syarat Tertentu-KKM

34
SHARES

Kebenaran untuk suami atau waris terdekat menemani isteri atau ibu hamil semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital Kementerian Kesihatan (KKM) sudah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi KKM, memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada syarat tertentu dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Baca juga: Selain Epidural, Doktor Kongsi Kaedah & Ubat Tahan Sakit Boleh Diberi Semasa ‘In Labour’

TEMAN ISTERI BERSALIN DI HOSPITAL TERTAKLUK KEPADA SYARAT TERTENTU

Menurut KKM, Polisi serta garis panduan yang dikeluarkan ini adalah bersifat dinamik bergantung kepada situasi COVID-19 semasa. Begitu juga, pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti/kekangan tertentu di hospital tersebut. Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.

KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19. Semak dengan hospital terdekat anda mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini.

Suami atau ahli keluarga yang ingin menemani ibu hamil bersalin di hospital, mereka perlu melengkapkan vaksinasi COVID-19 iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, Sinovac serta Astra Zeneca atau 28 hari selepas menerima vaksin CanSino dan Johnson & Johnson.

Sumber: Facebook KKM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×