Hebahan

Telefon Huawei Membolehkan Anda Nikmati Pokemon Go Sebaiknya

23
SHARES

Nama Huawei sudah tidak asing lagi di pasaran Malaysia, dan merupakan pengeluar ke-3 terbesar dunia untuk telefon pintar. Tapi adakah anda tahu bahawa telefon Huawei sebenarnya boleh membantu anda menikmati permainan Pokemon Go sebaiknya?

Tetapi sebelum itu, jom kita berkenalan dengan Pokemon Go.

pokemon_go_logo

Foto Kredit: www.pokemongo.com

 

Dah Muat Turun dan Main Pokemon Go?

Siapa yang masih tak kenal dengan Pokemon Go? Permainan yang menjadi kegilaan jutaan orang seluruh dunia ini, sungguh mengasyikkan. Ada banyak cerita suka duka pemain Pokemon Go ini yang menjadi viral, semua gara-gara sebuah permainan telefon pintar.

Dengan pelancaran Pokemon Go secara rasminya di Malaysia baru-baru ini, kini rakyat Malaysia berpeluang untuk main. Permainan ini menggalakkan anda untuk keluar dan meneroka persekitaran anda bagi menangkap Pokemon yang bebas di alam maya.

 

Telefon Huawei dan Pokemon Go – Kombinasi Terbaik

Ia seakan tiada kaitan secara langsung, tetapi sebenarnya jika anda menggunakan telefon Huawei; ia memang banyak membantu dari 3 aspek:

  1. Rangkaian 4G Terpantas
  2. Ketahanan Bateri
  3. Penggunaan Data

Rangkaian 4G Terpantas

4g_mast

Foto Kredit: http://www.exuberantsolutions.com/

Untuk main Pokemon Go, seharusnya anda perlu keluar dari rumah anda dan menjelajah ke kawasan yang mempunyai Pokemon. Oleh itu, anda memerlukan rangkaian 4G yang stabil dan pantas bagi membolehkan anda menangkap Pokemon dengan mudah.

Tapi tahukah anda bahawa Huawei yang bangunkan rangkaian 4G di Malaysia? Ya, saya pasti ramai yang tidak tahu. Sebab inilah telefon Huawei mempunyai kebolehan untuk memperolehi rangkaian 4G yang pantas.

Ketahanan Bateri

huawei mate 8

Foto Kredit: http://consumer.huawei.com/

Seharian anda bermain Pokemon Go akan menyebabkan bateri anda tidak tahan lama.

Tetapi jika anda menggunakan telefon Huawei seperti Mate 8, ia mempunyai kapasiti bateri tinggi sebanyak 4000 mAh. Ini membolehkan anda bermain Pokemon Go lebih lama di luar sana sebelum perlu mengecas telefon anda. Lebih masa bagi anda menikmati permainan ini!

Penggunaan Data

Di samping itu, anda juga perlu berjimat ketika menggunakan data bagi membolehkan anda bermain Pokemon Go ini. Berikut kami sediakan beberapa tips bagi anda menjimatkan penggunaan data:

(i) Muat Turun Aplikasi dan Kemaskini hanya Menggunakan Wi-Fi

Sila guna mana-mana Wi-Fi samada di rumah, pejabat mahu pun di kopitiam secara percuma. Pokemon Go memerlukan 50MB ketika muat turun, anda boleh jimat banyak jika guna Wi-Fi

(ii) Main di Kawasan yang Mempunyai Wi-Fi

Pokemon Go memerlukan penggunaan data sebanyak 2-10MB setiap jam dan pastinya anda bermain berjam-jam lamanya. Oleh itu, ketika anda di luar sana mencari Pokemon; apa kata anda hanya bermain di kawasan yang mempunyai liputan Wi-Fi. Jimat banyak kalau anda bermain purata lebih daripada 2-3 jam sehari.

(iii) Tetapkan Had Penggunaan Data

Langkah ini amat penting jika anda memang ketagih dengan Pokemon Go dan nak sangat bermain di mana sahaja anda berada. Kalau anda tidak mahu cepat kehabisan data untuk keperluan lain, maka anda tetapkanlah had penggunaan data harian atau mingguan. Kalau sebulan anda mempunyai data 3GB, maka sehari tetapkan had sebanyak 100MB.

Ingatlah Bahawa Pokemon Go Hanyalah Sebuah Permainan

Akhir kata, janganlah terlalu taksub dengan permainan Pokemon Go ini sehingga membuatkan anda lalai dengan tanggungjawab anda. Kalau hari bekerja, mainlah ketika waktu rehat sahaja. Juga jadilah seorang pemain yang bertimbang rasa dan peka dengan keadaan sekeliling anda – paling penting sekali jangan bermain ketika anda sedang membawa kereta dan jadilah pemain Pokemon Go yang berhemah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×