Famili

Telan Kos Sebanyak RM540k, Acara Baby Gender Youtuber Arab Di Burj Khalifa Mewah Habis!

34
SHARES

Memang luar biasa, pasangan dari Dubai ini mengejutkan orang ramai dengan melakukan acara ‘gender reveal’ di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa. Video momen epik itu mengejutkan orang di seluruh dunia kerana menganggap bahawa acara tersebut sangat mewah!

SAMBUT BABY GENDER DI BURJ KHALIFA

Anas Marwah yang merupakan bintang Youtube dengan pengikut lebih 7.5 juta menjadi viral di laman media sosial apabila dia berkongsikan video mewah tersebut.

MENELAN KOS HAMPIR RM540K!

Anas dan Asala Marwah, yang bakal menyambut anak kedua mereka, menjadi tuan rumah acara itu dalam upacara mewah yang memukau di seluruh dunia, ketika bangunan 163 tingkat diterangi dengan ilustrasi biru dan merah jambu. Akhirnya, ketika pasangan itu bersama anak perempuan dan keluarga mereka kelihatan teruja, setelah hitungan 10 detik, menara itu menjadi biru. “It’s a boy!” dipaparkan di menara setinggi 828 meter untuk mengucapkan tahniah kepada keluarga tersebut.

“Kami ingin melakukan sesuatu yang unik dan tidak dapat dilupakan. Dengan adanya video sebegini kita dapat melihat kembali di masa depan dan mengingati apa yang kita bina sebagai sebuah keluarga,” kata Anas kepada para pengikutnya.

Untuk pengetahuan anda pasangan tersebut menghabiskan sebanyak 350,000 Dirham Emiriah Arab Bersatu, iaitu sekitar $130,000 bersamaan RM540k!

Sumber: AnasMarwah, news.com.au

Most Popular

To Top