Famili

Teknik Menabung Tepi Mesin Basuh, Pasangan Ini ‘Kaut’ Simpanan Lebih RM1K Setahun

94
SHARES

Menabung sudah semestinya amalan yang sangat dituntut dan disarankan untuk kesenangan masa hadapan. Tidak kiralah untuk melancong, membeli-belah atau simpanan, menabung merupakan inisiatif paling mudah untuk anda mencapai apa yang diingini terutama sekali apabila sudah berkahwin. Pasti banyak benda yang perlu dibayar kan?

Jadi, salah satu cara yang dikongsikan oleh si suami ini apabila isterinya mempraktikkan menabung tepi mesin basuh. Macam mana menabung tepi mesin basuh? Jom kita baca perkongsian menarik ini.

MENABUNG TEPI MESIN BASUH?

Hari ini genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dikira jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424. (Tidak termasuk duit syiling).

SELUK POKET SUAMI, MESTI ADA!

Tipsnya mudah. Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka, letak tepi mesin basuh.

Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami, seluk dalam poket. Baca bismillah, insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.

Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang, atau baki bayar tol.

Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami,dalam bilik,ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita,sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.

Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas. Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.

Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.

Sumber : Muhammad Hassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×