Inspirasi

Teka Potongan Surah Al-Quran Dengan Lancar, Pelajar Ini Buat Orang Ramai Terpegun

88
SHARES

Semenjak perintah kawalan bermula dulu, boleh dikatakan setiap orang meluangkan waktu lebih dari biasa di laman media sosial. Lebih lebih lagi dengan laman Instagram. Ada yang menggunakan laman Instagram dengan memulakan perniagaan atas talian mereka dan ada juga yang menggunakannya sebagai medium untuk berhubung bersama rakan rakan. Tidak kurang juga untuk mengikuti hal hal berkaitan isu semasa.

Selain itu juga, salah satu setting yang sering diguna di laman Instagram ialah filter. Pelbagai filter yang diwujudkan oleh ramai pengguna Instagram, seperti filter untuk kelihatan flawless, filter teka teka, filter gibberish dan bermacam lagi. Terbaru, salah satu video yang di muat naik menerusi laman Twitter Ini Aqmal viral, dimana di dalam video tersebut dia menggunakan salah satu filter Instagram yang memerlukan dia untuk meneka surah Al-Quran. Caranya menjawab teka teki tersebut membuatkan ramai terpegun.

Lancar Menjawab Teka Teki Nama Surah Al-Quran

Di dalam video yang di muat naik oleh pemilik nama Aqmal ini menjadi perhatian ramai apabila cara dia menjawab teka teki nama Surah Al-Quran itu dengan mudah dan kemahiran menghafal nama surah itu membuatkan ramai yang ingin menjadi seperti dia. Kata pelajar MRSM Gemencheh Ulul Albab, Negeri Sembilan ini, dia telah mempelajari Al-Quran sejak sekolah rendah lagi.

Video berdurasi 1.17 itu mendapat lebih 11 ribu retweet dan juga lebih 6 ribu like dari pengguna laman Twitter. Antara komen yang ditinggalkan ialah tak ramai remaja yang boleh buat macam ni. Ramai pengguna laman Twitter teruja dan tergamam dengan kelancaran Aqmal ini meneka potongan Surah Al-Quran di dalam filter tersebut.

Antara Komen Pengguna Laman Twitter

Rasa macam jahil gila lepas tengok

Sumber : Ini Aqmal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×