Famili

Tebus Emas Anak Di Pajak Gadai, Bila Pakai Tiba-Tiba Jadi Pendek…

1.5K
SHARES

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menggunakan emas sebagai jalan kedua untuk mendapatkan sumber kewangan. Sebab itulah dikatakan emas merupakan pelaburan yang bijak untuk masa hadapan. Namun, bukan semua yang menjual terus emas tersebut ke kedai pajak gadai, ada yang ‘meletak’ emas tersebut buat sementara waktu bagi mendapat jumlah duit yang diperlukan.

Berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan ini apabila gelang emas anak yang ditebus secara tiba-tiba menjadi pendek dan tidak muat untuk dipakai. Apa yang berlaku dekat gelang emas tersebut?

Baca juga: Jangan Salah Pilih, Ini 12 Design Emas Kosong & Padu Anda Kena Tahu

TEBUS EMAS ANAK DI PAJAK GADAI, TIBA-TIBA PAKAI DAH TAK MUAT?

Seperti kisah yang dikongsikan oleh ibu ini apabila dia ingin menebus emas yang dihantar ke kedai pajak gadai. Apa yang anehnya, gelang tangan emas anaknya secara tiba-tiba tidak muat dipakai dan menjadi pendek dari sebelum. Bukan itu sahaja, lebihan emas yang sepatutnya ada di gelang tersebut juga hilang!

Harini ros tebus balik gelang anak ros dekat kedai pajak gadai. Sekali ros tengok macam pelik mana lebihan emas yang masa mula-mula Ros gadai tu. Bila tanya dia cakap tak ada, bila pakaikan dekat tangan anak dah tak muat, lagilah pelik.. So ros tunjuk gambar anak ros pakai gelang sebelum gadai dekat dia mana lebihan secoet tu ??? Ada toyol kot dekat kedai pajak dia..hahah

RUPANYA DAH RAMAI TERTIPU

jenis emas

Setelah diperiksa dengan bahan bukti yang disimpan seperti resit, dia mendapati bahawa kedai pajak gadia tersebut telah menipu berat gelang emas yang ditebus tersebut. Nak ambil untung!

Ros dah buat report, dan mintak jugak cara baik dengan dia tapi dia gangster eh siap mintak bawak polis datang kedai dia konon dia tak bersalah la. Takpee ros yakin ramai je terkena dan dia dah biasa buat macam nie cuma ada yang tak perasan je, so ramai cakap dia nie mmg penipu . So jangan lah gadai dekat dia lagi. Dia pandai tulis siap-siap dekat surat pajak tu 2.0grm nasib baik ros simpan lagi surat emas masa mula beli dulu. Berat gelang tu 3.42g tapi dia tulis dekat surat pajak tu 2.0grm je so dia dah tulis siap-siap sebab nak potong la tu. So orang masjid tanah nak gadai jangan gadai dekat sana okay..dia untung kita rugi.Ros bukan racist ke apa..rupanya tanya orang lain banyak kali terkena. So pergi Ah Rahnu jelah lepasnie. Tu pun kena make sure betul tak berat sama yang kita beli mula-mula dulu. Nasib baik lah aku jenis detail simpan semua bukti-bukti beli semua hahahaha

*Selepas ini kalau nak tebus emas di pajak gadai pastikan anda memeriksa dahulu resit yang disimpan ya untuk elak ditipu.

Sumber: Rose Fadilla

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×