Famili

‘Teaser’ Catat Rating Tertinggi, Gun Hoo & Naeun Dah Kembali Dalam TROS Musim Baharu!

102
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sering mengikuti rancangan realiti TV Korea berkonsepkan famili iaitu The Return of Superman. Memang tidak kering gusi melihat telatah si ayah melayan kerenah anak-anak kecil dalam kehidupan seharian mereka kan?

Memang tak sah kalau anda tak kenal si cilik Park Naeun (Eden) berusia 5 tahun yang merupakan anak kepada pemain bola kebangsaan Korea ini mempunyai darah kacukan Korea-Swiss. Bukan sahaja beliau yang menjadi perhatian, adik lelakinya yang kini hampir berusia 3 tahun iaitu Park Geon Hoo ( Aciel) ini juga menarik perhatian ramai. Telatah mereka berjaya mencuit hati ramai penonton kerana mahu melihat sikap Naeun sebagai kakak yang penyayang.

PARK NAEUN DAN PARK GUN HOO KEMBALI DALAM RETURN OF SUPERMAN

Pada awal tahun 2020, ayah mereka iaitu Park Jo Ho mengumumkan bahawa mereka akan berehat seketika dari dunia penyiaran kerana memberi laluan untuk Naeun dan Gun Ho mengikut ibunya pulang ke Switzerland bagi menyambut kelahiran adik terbaharu.

Terbaharu, pasangan adik beradik yang comel ini telah kembali ke kaca tv dalam rancangan The Return of Superman musim terbaharu!

CATAT RATING TERTINGGI

Menurut laporan media Korea, rating rancangan ini naik mendadak apabila video tayangan ‘teaser’ keluarga Park Jo Hoo ini dimuat naik. Nampaknya ramai dalam kalangan penonton yang sudah merindui wajah dan telatah comel Naeun dan Gun Hoo.

Bukan itu sahaja, katanya musim kali ini juga akan memaparkan kehidupan mereka bersama adik baru iaitu Jin Woo.

Sumber: Soompi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×