Hebahan

Taska Dibenarkan Kembali Beroperasi Ikut SOP- MKN

122
SHARES

Nampaknya berita melegakan buat ibu bapa yang bekerja kini dapat menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan baki 6,696 Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di seluruh negara beroperasi semula.

RUJUK SOP KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak pengurusan taska terbabit harus merujuk prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, kerajaan memutuskan kebenaran itu selepas melihat kekangan ibu bapa bekerja dan ada antara mereka dipaksa majikan terutama sektor swasta cuti tanpa gaji untuk menjaga anak kecil mereka.

“Isu ini seperti yang saya kata mereka (majikan) tidak boleh buat seperti itu tetapi ada juga lakukan. Untuk selesaikan isu itu, kita sebenarnya sudah setuju membenarkan, cuma waktu itu hanya (ada) SOP asas taska, itu sahaja, daripada 7,000 taska hanya 304 saja beroperasi kerana tiada SOP diperkemaskan.”

TABIKA DAN PRA SEKOLAH TUNGGU JULAI

Memetik laporan Harian Metro hari ini, kerajaan setuju selepas KPWKM membentangkan SOP yang dianggap lengkap dan kemas seperti yang dicadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagainya. Oleh itu, 6,696 baki taska lagi dibenarkan beroperasi mulai sekarang dengan merujuk SOP melalui laman web kementerian itu dan JKM.

Mengenai cadangan pembukaan semula operasi tabika dan pra sekolah yang dicadangkan Julai nanti, beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipertanggungjawabkan untuk menyelaras SOP semua taman bimbingan berkenaan.

“Tabika Kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Tabika Perpaduan (Kementerian Perpaduan) dan pra sekolah (KPM), jadi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju KPM penyelaras tadika itu.

“Mesti cadangkan SOP untuk diselaraskan di semua tabika dan tadika di bawah kementerian berbeza ini. Kita akan tunggu mereka bentang SOP lengkap, kalau boleh buka Julai kita benarkan tetapi perlu lihat SOP itu dahulu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×