Dalam musim PKP ni mungkin ramai yang terpaksa bertukar profesion atau menjalankan sebarang bentuk perniagaan sampingan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Ada yang mencari rezeki untuk mencari punca pendapatan dengan berniaga sarapan pagi atau nasi lemak.
Dalam sebuah hantaran, seorang pengguna Facebook, Khatijah Tun bertanyakan tips dan pengalaman orang yang berniaga nasi lemak / sarapan untuk membantu beliau menguruskan masa dengan lebih efisyen.
Menurut beliau, walaupun hanya berniaga nasi lemak dengan 3 jenis lauk dan sedikit kuih-muih, terasa begitu penat dan kalut untuk menguruskan jualan sendirian setiap hari tanpa pembantu.
Tambah pula, inilah saja punca pendapatan yang ada.
Oleh itu, beliau memohon nasihat dan tips daripada ahli group yang pernah berniaga berdasarkan pengalaman masing-masing.
Namun apa yang membuat ramai terharu adalah apabila ruangan komen dibanjiri dengan jawapan-jawapan daripada para peniaga.
‘Kita Pulak Yang Rasa Penat Baca Komen’
Rata-rata mengakui mereka akan bangun seawal 3-4 pagi untuk memasak dan menyediakan jualan setiap hari.
Selepas Subuh, berangkat ke tapak niaga, set-up tempat dan mula berniaga.
Kemudian mengemas dan mencuci dan ada pula yang turut membuat penghantaran (COD) untuk pelanggan yang telah membuat tempahan.
Selepas berehat sekejap, kejap lagi dah mula menyiapkan bahan selepas Maghrib / Isyak bagi memastikan tidak terburu-buru awal pagi nanti.
Bayangkan rutin macam tu setiap hari… Kita pula yang rasa letih kan?
Tak dinafikan memang sangat penat dan sampai ada yang kata mereka hilang berat badan dalam tau!
Selama ni kita yang selalu beli nasi lemak atau sarapan mungkin tak pernah terfikir susah-payah mereka yang berniaga ni kan…
Rata-rata ramai yang kagum dengan kesungguhan para peniaga nasi lemak / warung / kedai makan yang memberi tips serta sokongan kepada Khatijah.
Didoakan Agar Dipermudahkan Urusan
Apapun, kami pun cukup terharu dan terharu membaca komen daripada hantaran tersebut di samping mendoakan agar para peniaga dipermudahkan urusan jualan setiap hari.
Bukan mudah tu kan? Tapi bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Insha Allah, usaha itu akan dibalas dengan setimpal nanti.
Selama ni mungkin kita kurang ambil tahu tentang susah-payah mereka. Namun melalui posting ini, ramai dah ‘buka mata’.
Jadi, lepas ni bolehlah kita support mereka yang berniaga agar sama-sama dapat berkongsi rezeki!