Percutian

[VIDEO] Destinasi Pelancongan Popular Bandung, Tangkuban Perahu Meletus. Amaran Dikeluarkan

2K
SHARES

Sebuah gunung berapi popular dengan pemandangan unik, Tangkuban Perahu, dilaporkan meletus berdekatan kota Bandung hari ini, 26 Julai 2019.

Gunung tersebut telah memuntahkan debu setinggi beberapa ratus meter ke udara.

Amaran dikeluarkan menyusuli kejadian itu agar penduduk tempatan menjauhkan diri dari kawasan terjejas.

Foto Kredit: BBC Indonesia

Rakaman Video Viral Letusan Di Tangkuban Perahu

Media tempatan menyiarkan rakaman yang menunjukkan orang ramai berpindah dari Tangkuban Perahu dengan menaiki kenderaan. Jalan-jalan raya juga diselimuti debu yang cukup tebal.

Agensi Pengurangan Bencana di Indonesia menyatakan tempat pelancongan itu ditutup  buat sementara waktu.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menilai status amaran gunung berapi tersebut dari semasa ke semasa.

Beberapa rakaman video orang awam menjadi tular apabila dikongsikan di pelbagai media sosial.

Orang Ramai Diminta Waspada Jika Berlaku Letusan Lebih Besar

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, Agus Wibowo berkata, orang ramai, pengunjung dan pendaki diarah tidak berada di kawasan kawah-kawah aktif di kawasan pergunungan itu.

“PVMBG juga meminta kepada masyarakat agar tetap waspada terhadap potensi terjadinya letusan yang lebih besar dan secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejadian letusan ini umumnya berlaku akibat efek perubahan musim dan kali terakhir meletus pada tahun 2013.

*Sumber berita: MediaCorp Singapura, BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×