Hebahan

Tangguh Pendaftaran Secara Fizikal/Bersemuka Untuk Pelajar IPT Kemasukan Oktober- KPT

69
SHARES

Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini mengumumkan bahawa kemasukan pelajar institusi pengajian tinggi akan memulakan pengajian pada bulan Oktober. Hal ini kerana telah berlaku penurunan kes sepanjang kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Namun, sejak minggu lepas kita dapat menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 khususnya setelah selesai Piliharaya Negeri Sabah . Ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat khususnya pelajar yang bakal pulang dan memulakan pengajian bermula minggu hadapan.

TANGGUH PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/BERSEMUKA PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER 2020

Terbaharu, Kementerian Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan bahawa semua urusan pendaftaran pelajar dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

Keputusan ini dilakukan bagi mengelakkan sebarang kes yang tidak dikehendaki berikutan pertambah kes mendadak Covid-19. Namun, ramai juga dalam kalangan pelajar yang kongsikan bahawa ada dalam kalangan mereka yang sudah berada di kampus.

Semoga pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyelesaikan isu membabitkan pelajar IPT supaya tidak terkandas di pusat pengajian seperti apa yang berlaku di awal Perintah Kawalan Pergerakan dahulu.

Sumber: KPT, Mohd Redzuan Abdul Manap

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×