Terengganu

Tandas Terbaik ASEAN Menjadi Milik Tandas Awam Rantau Abang

165
SHARES

Tandas awam merupakan antara lokasi penting bagi orang ramai. Kebersihan dan penjagaan yang rapi tandas awam perlu diambil perhatian supaya orang ramai dapat menggunakannya secara selesa. Baru-baru ini salah satu tandas awam di negeri Terengganu sudah diiktiraf sebagai tandas terbaik di rantau ASEAN! Memang hebat!

TANDAS TERBAIK ASEAN

Pada Sabtu lalu, Tandas Awam Rantau Abang telah dinobatkan sebagai tandas terbaik di ASEAN Public Toilet Standard 2019. Acara ini telah diadakan sempena ASEAN Tourism Forum yang diadakan Ha Long City, Vietnam.

SUMBER: TEGANUKITA.NET

Pengiktirafan ini bukanlah pertama kali diterima oleh pihak pengurusan Tandas Awan Rantau Panjang, malah sebelum ini tandas ini telah mendapat Anugerah Perak di sambutan Hari Tandas Sedunia di Kuala Lumpur.

SUDAH 17 TANDAS DI TERENGGANU SUDAH DIIKTIRAF!

Tandas Awam Rantau Abang bukanlah satu-satunya tandas yang diberi perhatian di Terengganu malah sebanyak 17 tandas awam di negeri ini telah dinaiktaraf dan sibaik pulih dalam usaha untuk menjadikan tandas awam di negeri tersebut sebagai tandas bersih.

Dalam acara yang sama, 16 tandas awam dari seluruh Malaysia juga telah terpilih antaranya tandas awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tandas awam Plaza Merdeka Kuching, tandas Masjid Cina Melaka dan tandas awam Restoran Foh San Perak.

Sumber video : Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×