Famili

Rindunya…Adik Lukis Gambar Arwah Abang Di Kubur, Perkongsian Ibu Ini Undang Sebak

69
SHARES

Siapa yang tidak sedih sekiranya orang yang paling rapat dan disayangi pergi buat selamanya dari hidup kita bukan? Hendak ditangisi, hidup masih perlu diteruskan seperti biasa. Apa yang boleh dilakukan adalah untuk terus berdoa buat diri insan tersayang di alam sana.

Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Norunajwa menerusi Kelab Anak Sepahkan Apa Hari Ini? menceritakan anak keduanya yang melepaskan rindu buat abangnya yang telah dijemput menghadap Sang Pencipta menerusi satu lukisan. Perkongsian tersebut secara tidak langsung, membuatkan netizen berasa sebak.

LUKISAN RINDU SEORANG ADIK…

Jelas wanita ini, pada mulanya dia mendapat pesanan menerusi aplikasi Whatsapp daripada guru tadika yang menceritakan anaknya telah diberikan tugasan, untuk melukis apa sahaja yang mereka inginkan. Lukisan tersebut secara tidak langsung membuatkan si ibu dan guru tersebut berasa sebak dan tersentuh melihat kanak-kanak kecil itu yang melukis arwah abangya.

Lukisan rindu seorang adik.

Dapat wassap dari guru tadika anak..Guru meminta anak murid melukis apa sahaja di fikiran mereka. Bila melihat hasil lukisan si anak, hati saya sebak..

Gambar yang penuh makna tersirat. Lukisan hati seorang adik yang merindui abangnya. Rindu yang diluahkan melalui sebuah lukisan. Si Abang yang sangat rapat dengannya. Kini terpisah antara dua dunia. Dalam gambar tu, semua gambar berambut..

Menerusi kertas lukisan tersebut, dapat dilihat potret keluarga mereka, namun apa yang menyedihkan apabila gambar abangnya dipercayai dilukis sedang berada di dalam tanah ditambah hiasan bunga yang mekar di atas pusaranya.

Kecuali gambar yang di pusara itu. Botak tidak berambut. Abang Adam tidak berambut kesan daripada kimo. Tapi si Adik langsung tak pernah mempersendakan rambut si abang yang tiada rambut. Setiap malam tak pernah gagal sedekahkan al fatihah untuk si Abang.

Moga Allah gantikan setiap kerinduan kamu dengan seribu kebaikan dan hikmah. InsyaAllah..Moga satu hari nanti kita semua sekeluarga akan bersatu di Syurga. Al fatihah.

‘SEBAK DIDADA’

Bukan itu sahaja, perkongsian ini turut mendapat reaksi dari orang ramai yang hadir sama berkongsikan kisah mereka. Ramai yang sebak dengan lukisan adik ini.

Artikel berkaitan: “Walaupun Berat, Tadi Saya Dan Sekeluarga Reda & Ikhlas”- Ibu Tabah Anak Hidap Kanser Dijemput Illahi

Sumber: Norunajwa Bt Safiei

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×