Sihat

7 Tanda Demam Denggi Yang Anda Perlu Tahu

635
SHARES
7 Tanda Demam Denggi Berserta Petua Tradisional. Ketahui Punca, Rawat Awal!

Tanda Demam Denggi

Pernah dengar senario begini:

“Saya tinggal di kawasan perumahan rumah teres. Minggu lepas, suami saya dimasukkan ke hospital kerana demam denggi berdarah. Saya jadi penunggu setia di hospital lebih seminggu.

Ingatkan suami saya sahaja. Apabila bersembang dengan jiran-jiran, rupa-rupanya ada lima (5) orang lagi yang dimasukkan ke hospital. Ada anak kepada jiran, berumur 5 tahun dimasukkan ke ICU. Platelet yang rendah dikatakan cukup merbahaya.

Masih teringat, ketika belajar di universiti dahulu, seorang rakan meninggal dunia akibat denggi. Masih lagi terbayang-bayang, kali terakhir solat jenazah beliau di masjid”

Denggi denggi berdarah boleh bawa kematian

Apabila wad penuh, ramai ambil tidak peduli. Balik semula ke rumah, tanpa buat apa-apa rawatan. Ingat, bila terkena demam denggi, ia bukan setakat masuk hospital sahaja. Perlu ditekankan di sini, demam denggi berdarah amat berpotensi menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Cuba ke hospital kerajaan yang lain. Jika penuh, cuba dapatkan rawatan di hospital swata pula. Kegagalan berjumpa doktor dan mendapat rawatan meninggikan lagi risiko ini.

Kadang-kadang, ramai yang buat acuh tak acuh dengan punca dan tanda awal denggi. Ketahui tanda awal denggi untuk membuatkan kita pantas membuat keputusan. Jika ada tanda demam denggi, terus ke hospital. Jangan tunggu-tunggu lagi!

Mat Salleh takut denggi?

Benar!. Tanya pada mereka yang tidak biasa dengan iklim tropika. Antara perkara yang mereka takut ialah nyamuk aedes. Mereka sanggup beli pelbagai barang dan ubatan agar tidak didekati nyamuk aedes. Berbeza dengan kita, buat tidak tahu sahaja!

 

Apakah demam denggi?

Demam denggi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Tiada ubat khusus yang dapat merawat demam Denggi kecuali mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan. Tidak kira bayi, kanak-kanak atau orang dewasa, semuanya berisiko menghidapi demam denggi. Tanda demam denggi mudah dikenalpasti jika kita baca maklumat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Apa 7 tanda tanda demam denggi?

 

7 Tanda Demam Denggi. Ketahui Punca, Rawat Awal!

Foto Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber rasmi risalah denggi dalam bentuk PDF ini boleh didapati di sini.

  1. Deman kuat secara mengejut dan berterusan
  2. Ruam merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang, otot, sendir, biji mata dan kepala
  4. Hilang selera makan
  5. Muntah-muntah
  6. Sakit perut
  7. Pendarahan pada badan, hidung dan mulut

 

Apa tabiat nyamuk Aedes

7 Tanda Demam Denggi. Ketahui Punca, Rawat Awal!

Foto Kredit: natural-japan.net

  • Aedes dapat dikenali dengan berbelang hitam putih pada kakinya
  • Aedes akan menggigit pada waktu pagi dan senja
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung
  • Aedes membiak di dalam dan luar rumah
  • Kitaran hidup Aedes dari telur, jentik-jentik, kepompong hingga nyamuk dewasa hanya satu minggu sahaja

 

Bagaimana mencegah pembiakan nyamuk Aedes?

  • Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur
  • Salin air dan basuh sehingga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali
  • Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung
  • Pastikan tempat bertakung air seperti tayar, kaca atau tin kosong dibuang untuk mengelak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes
  • Taman semula benda atau bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya
  • Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik TEMEPHOS seperti ABATE, AZAI, CREEK dan LAVETTE mengikut sukatan yang ditetapkan. (10gm untuk 20 gelen air) tiga bulan sekali.

 

Bagaimana menghapuskan nyamuk Aedes dewasa?

  • Gunakan racun serangga (aerosol) di rumah
  • Pasang jejaring nyamuk pada tingkap
  • Semburan kabus (fogging) akan dilakukan jika berlaku kes denggi

Segera dapatkan rawatan jika terdapat tanda tanda demam denggi. Usah berlengah lagi!

 

Apakah petua hilangkan demam denggi?

Ini adalah sumber tidak rasmi. Ramai orang syorkan cuba petua ini. Samada ia berkesan atau tidak, Wallahualam.

1. Sup ketam

Masak sup ketam. Makan sambil hirup kuah ketam setakat mana yang mampu.

2. Jus daun betik

Cari daun pokok betik yang matang dan bersihkan. Tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu. Awas, jus ini sangat pahit!

3. ‘Immune Booster’ dari Shaklee

Ada orang kata, Nutriferon dari Shaklee dapat meningkatkan imunisasi dalam tubuh. Jika badan rasa tidak sedap badan, dan mengesyaki denggi, boleh cuba produk ini untuk menguatkan imunisasi badan.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dan pengalaman penulis

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×