Asuh

6 Tanda Bayi Dah Kekenyangan. Jangan ‘Sumbat’ Susu Lagi!

594
SHARES
tanda bayi kenyang

“Baby ni hisap-hisap tanganlah, takkan lapar kot? Aku baru je susukan tadi…”

Memberi kebaikan nutrisi kepada anak adalah antara perkara yang paling penting dalam bab penjagaan bayi. Yang selalu ibu risaukan adalah kalau bayi tak cukup susu, tapi tak ramai yang ‘alert’ dengan ketidakselesaan yang boleh dialami oleh bayi akibat terlalu kenyang.

Ia mungkin nampak mudah tetapi agak sukar lebih-lebih lagi dalam pemberian susu badan. Hal ini kerana ibu sukar untuk mengagak jumlah susu yang sudah diberikan berbanding memberi susu dari botol dengan sukatan yang tepat.

Apa Kesannya Jika Bayi Terlalu Kenyang?

Menurut laman web kesihatan WebMD, memberi bayi terlalu banyak susu yang melebihi keperluannya boleh menjadi punca ketidakselesaan pada bayi. Ia boleh menyebabkan

  • bayi tertelan lebih banyak udara sehingga membuatnya kembung
  • rasa kurang selesa kerana tidak dapat mencernakan semua susu yang berlebihan
  • kerap muntah
  • sering buang air besar
  • najisnya berbau busuk dan cair
  • sukar tidur / tidur yang terganggu
  • pertambahan berat badan yang mendadak dan melebihi kadar normal
bayi selalu muntah

Foto Kredit: momjunction.com

Kadangkala, simptom yang ditunjukkan oleh bayi yang terlebih susu ini disalah sangka sebagai colic, refluks, atau alahan terhadap laktosa (lactose intolerance). Perkara utama yang membezakannya adalah bayi yang terlebih susu akan memperlihatkan tumbesaran yang sihat manakala bayi yang mengalami masalah colic, refluks, atau alahan pula menunjukkan tumbesaran yang agak membimbangkan.

6 Tanda Bayi Dah Kekenyangan. Jangan ‘Sumbat’ Susu Lagi!

Untuk mengelakkan bayi terlebih minum susu, ibu perlu mengetahui beberapa isyarat yang ditunjukkan oleh bayi apabila mereka sudahpun kekenyangan.

1. Melepaskan Puting & Memalingkan Muka

Apabila bayi sudah kenyang semasa menyusu, dia akan berhenti menyusu dan melepaskan mulut daripada puting susu ibu dengan sendirinya.

Bayi yang meminum dari botol susu juga akan menunjukkan isyarat yang sama. Jadi, tak perlu minta bayi habiskan baki susu di dalam botol susu jika mereka sudah kenyang kerana ini merupakan salah satu punca terlebih susu.

Foto Kredit: picquery.com

2. Bayi Tertidur

Setelah beberapa ketika selepas disusukan,  bayi cenderung untuk rasa mengantuk dan mudah tertidur kerana kenyang.  Ini merupakan isyarat bagi ibu untuk hentikan susuan dan biarkan bayi tidur.

Apabila bayi tertidur tanpa melepaskan puting susu, lepaskan dengan perlahan atau selitkan jari bersih anda pada hujung mulutnya untuk elakkan tidur bayi terganggu. Boleh juga gantikan dengan puting untuk membuatkan bayi lebih tenang.

Namun perlu diingat, bayi baru lahir perlukan bantuan ibu bapa untuk bangun kerana mereka kerap tidur, lebih-lebih lagi bayi yang mengalami jaundis (kuning). Hal ini selalu berlaku pada bayi yang berusia bawah 1 bulan, sedangkan mereka amat memerlukan nutrisi daripada susu.

Petua Nipple Crack

Foto Kredit: themominmemd.com

3. Mula Menangis Setelah Menyusu Seketika

Ada juga jenis bayi yang tidak mengantuk malah menangis selepas disusukan menandakan dia sudah kenyang dan mungkin tidak selesa.

Jika berlaku sedemikian,  tepuk belakang bayi dengan lembut untuk sendawakan dan tenangkannya agar lebih selesa.

bayi kekurangan kalsium

Foto Kredit: bellybelly.com.au

4. Postur Badan Yang Relaks

Sekiranya bayi lapar, lazimnya dia akan mula merengek dan cepat memalingkan muka ke arah kita apabila pipi atau bibirnya disentuh, Dia juga tidak lagi menggenggam tangannya seperti ketika dia sedang lapar.

Sebaliknya, apabila bayi sudah kenyang dia akan terlihat lebih tenang dan selalunya meregangkan jari, tangan dan kaki serta mula nampak mengantuk.

5. Menyusu Dengan Perlahan

Seperti orang yang kekenyangan, kelajuan bayi menghisap susu juga akan berkurang disertai dengan berhenti yang lebih lama dan kerap.

Foto Kredit: vagitnist-tyzhden.pp.ua

6. Tidak Berminat

Bayi yang sudah kenyang akan menunjukkan yang dia tidak perlu lagi disusukan dengan mula bermain-main, melihat sekeliling dan hilang tumpuan untuk menyusu.

Walaupun kita cuba untuk berikan lagi, dia seakan menolak dan mahu dilepaskan daripada pangkuan. Ini juga merupakan isyarat yang tidak patut kita abaikan supaya bayi tidak terlalu kenyang.

Foto Kredit: kidsplaza.vn

Salah Faham Refleks Hisapan

Setiap bayi mempunyai refleks hisapan di mana mereka akan menghisap apa saja yang dihulurkan ke mulut mereka, termasuklah jari sendiri. Ini boleh menjadi salah faham kepada ibu yang menyangka bayi masih lagi lapar.

Sebaliknya, ibu perlu lebih peka dengan keperluan rutin penyusuan bayi dengan memerhatikan isyarat yang sering bayi berikan apabila sudah kenyang.

Amalan ibu untuk memberi susu setiap kali diminta adalah tindakan yang betul kerana bayi mempunyai naluri yang betul dalam keinginan menyusu. Asalkan bayi membesar dengan berat badan yang sihat, ia menandakan bahawa anda sedang memberi anak nutrisi yang secukupnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×