Asuh

“Anak Balik Pusat Asuhan Ada Lebam”- Doktor Kongsi Tanda-Tanda Anak Anda Sebenarnya Didera

36
SHARES

Dari dahulu hingga sekarang, kita sering dikejutkan dengan berita-berita yang melibatkan penderaan dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, ramai ibu bapa yang mengeluarkan pendapat bahawa mereka akan membuat pemilihan yang lebih teliti dalam memilih pengasuh atau menjaga anak secara sendiri. Namun, tidak semua ibu bapa yang mempunyai masa untuk menjaga anak sendiri dek kerana kekangan kerja.

Seperti apa yang dikongsikan oleh doktor ini dimana ibu bapa perlu mempunyai pengetahun dalam mengetahui sama ada anak-anak mempunyai tanda didera di pusat asuhan atau tidak. Pastikan jika tanda-tanda ini ada dalam kalangan anak-anak, dapatkan rawatan dan tindakan yang selanjutnya.

ANAK BALIK PUSAT ASUHAN ADA LEBAM LEBAM?

Saya betul-betul tergamam bila kawan terdekat saya kongsikan cerita ni. Bulan lepas, dia baru dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya ni terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.

Awalnya, dia fikirkan mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik fikiran yang bukan-bukan. Tapi lepas salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera, kawan saya ni terus jadi trauma. Hancur hati dia. Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera.

Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan. Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar.
Kawan saya ni orangnya berpelajaran tinggi dan memang jaga anak sebaik-baiknya.

Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Allahu, saya cuma mampu mendengar je.

Saya nak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera di tempat asuhan

1. Mimpi buruk yang berulang-ulang

– Selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak.

– Perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.

2. Regress

– Maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot.

– Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun.

– Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.

3. Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan

– Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak.

– Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.

4. Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar)

– Ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.

5. Menjadi sangat takut bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri

– Mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana. Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Biar kita semua jadi lebih peka dengan tanda-tanda kecil ni. Kadang-kadang anak kita tak tahu cara nak mengadu. Kitalah yang kena bantu mereka.

Sumber: Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×