Sihat

Suka Berpusing, Mengibas, Mengulang Cakap. Fahami 5 Perkara Tentang Perilaku Anak Autisme

445
SHARES

Pernahkah anda perasan anak autisme sering berjalan mundar-mandir, mengepak atau mengibas tangan berulang kali, malah ada yang suka memghantuk atau memukul kepala ke dinding tanpa sebab.

Ini kerana mereka yang mengalami sindrom autisme cenderung menunjukkan perilaku stimming.

Apa itu stimming dan kenapa mereka melakukannya?

Jom fahami lebih lanjut tentang perkara ini.

5 Perkara Tentang Stimming Pada Anak Autisme

1. Apakah Stimming?

Stimming adalah singkatan dari self-stimulating behavior iaitu perilaku yang sengaja dilakukan untuk memberikan rangsangan pada bahagian sensori tubuh yang tertentu seperti penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan, serta keseimbangan dan gerakan.

Perilaku stimming ini boleh dilihat pada gerakan tubuh, perbuatan menggerakkan benda, dan mengeluarkan ekspresi atau perkataan tertentu secara berulang.

Secara spontan, manusia biasa juga kadangkala melakukan perkara seperti ini disebabkan tabiat atau habit. Namun, ia lebih jelas kelihatan pada seseorang yang memiliki autisme. Perilaku berulang ini juga melibatkan perasaan obsesi atau keasyikan dengan objek tertentu.

2. Contoh Perilaku Stimming

Ada banyak contoh perbuatan yang dilakukan ketika proses stimming ini, antaranya termasuklah:

  • Melompat dan berputar-putar
  • Berjalan mundar-mandir
  • Mengepak tangan (flapping hands)
  • Berjalan jinjit (tiptoe walking)
  • Menarik rambut
  • Mengulangi perkataan tertentu
  • Menggosok atau menggaruk kulit
  • Berkedip berulang-ulang
  • Menatap lampu atau benda yang berputar seperti kipas
  • Menjilat, menggosok, atau membelai benda tertentu
  • Menghidu orang atau benda
  • Menyusun / memutar objek

Anak autisme biasanya tidak memainkan permainan seperti anak yang normal. Mereka mungkin akan menghabiskan waktu berjam-jam untuk mengatur mainan dan menyusunnya seperti dari ukuran paling besar ke kecil atau berdasarkan pola warna tertentu.

Dalam kes tertentu, proses ini boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain contohnya menghantukkan kepala berulang kali, menggigit, atau menumbuk objek.

mainan untuk anak lelaki

3. Punca Stimming

Menurut Medical News Today, proses stimming ini dilakukan sebagai respon terhadap emosi mereka seperti keterujaan, kegembiraan, kebosanan, stres, ketakutan, kebimbangan, dan kesedihan.

Ada kajian yang menunjukkan perbuatan ini dapat merangsang saraf dan memberikan ketenangan melalui pembebasan beta-endorfin. Seperti yang kita sedia maklum, hormon endorfin ini akan memproduksi dopamin yang diketahui dapat meningkatkan rasa gembira.

Teori lain pula berpendapat bahawa proses stimming membantu merangsang sistem sensori.

Foto Kredit: autism.ideas.org.my

4. Adakah Ia Merbahaya?

Pada kebiasaannya, stimming ini tidaklah merbahaya kecuali apabila perbuatan anak tersebut boleh mencederakan atau mengehadkan kebolehannya untuk belajar atau mengendalikan urusan harian.

Ibu bapa yang tidak memahami ciri autisme juga mungkin menganggap anak mereka nakal dan melakukan tindakan yang melampau ketika proses stimming berlaku.

Anak Autism suka hantuk kepala ke dinding

5. Bolehkah Ia Dikawal?

Stimming juga merupakan satu bentuk komunikasi memandangkan ia adalah respon terhadap emosi yang dirasakan oleh anak autisme. Oleh itu, akan lebih mudah mengendalikan perilaku stimming pada autisme jika kita mengetahui alasannya.

Namun ada beberapa cara yang boleh dicuba untuk membantu anak autisme mengawal stimming ini.

  • Mengingat situasi sebelum berlakunya stimming untuk mengetahui apa yang boleh memicunya.
  • Alert dan memberikan ruang yang lebih tenang dan jauh daripada orang ramai.
  • Ajarkan sesuatu perbuatan yang lain sebagai pengganti perilaku stimming, terutamanya jika ia membahayakan atau boleh mencederakan.
  • Mengelakkan hukuman.

8 Tanda & Ciri Anak Autism. Ketahui Simptom Dan Beri Rawatan Serta Penjagaan Rapi.

Pentingnya Kesedaran Orang Awam

Sekiranya perilaku stimming berlaku hingga sukar dikawal, penting untuk ibu bapa bersabar dan cuba sedaya upaya untuk memarahi anak atau menghukum si anak.

Sebaliknya, ibu bapa boleh membincangkan perkara ini dengan doktor pakar bagi menanganinya dengan lebih berkesan, sesuai dengan keadaan anak.

Orang ramai juga seharusnya lebih memahami dan tidak memandang serong kepada ibu bapa atau anak autisme yang sedang mengalami proses stimming ini.

Semoga maklumat ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih inklusif dan supportive terhadap keluarga yang memiliki anak autisme!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×