Pastinya ramai sudah mengetahui tentang kewujudan taman tema MAPS yang berlokasi di negeri Perak. Mempunyai pelbagai jenis daya tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga, MAPS ini menjadi tumpuan keluarga untuk datang beriadah tidak kira dari pelbagai negeri di Malaysia.
Namun, setelah gemilangnya taman teman MAPS yang beroperasi selama 3 tahun akhirnya orang ramai dikejutkan dengan berita sedih bahawa taman tema ini sudah tamat beroperasi.
TUTUP SELEPAS 3 TAHUN
Setelah hampir tiga tahun beroperasi, taman tema Movie Animation Parks (MAPS) di Ipoh, Perak pada hari ini memaklumkan penutupan operasi sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Notis penutupan taman tema yang menjadi antara tarikan utama pelancong ke negeri itu diumumkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young seperti dilaporkan Harian Metro.
RAMAI TERKEJUT DAN SEDIH
Perkhabaran penutupan taman tema itu juga mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen berasa sedih dengan penutupan tersebut dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang pernah ditawarkan oleh MAPS. Malah, ada juga berkongsi rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan taman tema MAPS sebelum ini. Apa pun yang berlaku, kita berharap agar semua pihak yang terlibat dapat mencari jalan penyelesaian agar taman tema ini dapat dibuka semula kelak.
Untuk pengetahuan anda, MAPS pada bermula awal tahun lalu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung yang ingin memasuki taman tersebut dan hanya perlu membayar sekiranya ingin bermain permainan yang disediakan.
Sumber: Perak Press