Rakyat

“Hati Busuk”- Isu Wajah Baharu Taman Tasik Titiwangsa ‘Dicemari’ Najis, Ini Respon Pegawai Projek

201
SHARES

Seperti yang orang ramai sudah tahu bawah wajah baharu Taman Tasik Titiwangsa sudah diperkenalkan dan mendapat pujian ramai pihak. Dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang menarik dan moden, taman ini menjadi tumpuan ramai pengunjung selepas dibuka. Namun, beberapa hari lepas kecoh di laman media sosial apabila taman ini sudah pun dicemari dengan longgokan sampah dan najis kanak-kanak.

Isu ini mendapat reaksi negatif dari orang ramai termasuklah pegawai projek Taman Titiwangsa itu sendiri.

* 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡/𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡/𝗩𝗜𝗥𝗔𝗟 *

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati serta dikasihi sekalian. Post ini amat panjang kerana datang dari hati sanubari kami di pihak pelaksana projek.

Saya selaku Pegawai Projek yang mewakili pihak klien dan pasukan projek ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan serta sambutan yang sangat hangat ke atas hasil usaha kami selama setahun untuk mengindah dan menaiktaraf #TamanTasikTitiwangsa. Gambar-gambar yang cantik serta muka-muka bahagia yang kami dapat tatap di posting-posting kalian di dalam media sosial, sesungguhnya membuatkan kami rasa hilang penat walau sekejap, dan memberikan kami kekuatan untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi.

“MANUSIA JENIS APA ANTARA KAMU-KAMU INI”

Namun yang demikian, di dalam lautan manusia yang hadir menikmati fasiliti terbaru dari kami di pihak kerajaan, masih terdapat kamu-kamu yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak berakal. Sesungguhnya kami rasa sungguh sugul dan kecewa kerana tak pasti apa jenis manusia antara kamu-kamu ini:

– yang mungkin dididik oleh Ibu Bapa / Penjaga yang pengotor;

– yang jenis hati buruk & busuk hingga tiada sifat prihatin & kasihan terhadap pengunjung² yang lain serta kru² pembersihan;

– yang memang dibesarkan dalam keluarga / keadaan yang kurang ajar dan tiada rasa sifat hormat dengan harta² awam serta fasiliti² yang disediakan oleh kerajaan secara teliti buat kalian;

-yang mempunyai akal tapi akal yang tidak terletak di kepala di leher anda;

– yang memang ‘mencari pasal’ supaya kami tutup taman ini dan mula mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung?

Gambar-gambar ke-2 hingga ke 7 ini menunjukkan:

– 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 di merata tempat di dalam taman;

– 𝗣𝗔𝗠𝗣𝗘𝗥𝗦 𝗔𝗡𝗔𝗞 bertaburan di celah² ‘shrubs’ di dalam taman;

– pembuangan sampah merata-rata serta tidak menghormati kru pembersihan dan keselamatan taman (tuan², puan², anak² sekalian — kru ini bekerja sewaktu anda sedang SERONOK BERLIBUR, dan ada antara mereka yang berpendidikan lebih tinggi dari kamu dan mungkin ada anak-anak mereka yang bakal menjadi doktor atau cikgu kamu);

-sampah-sampah basah yang dicampur aduk dengan sampah pokok/ tumbuhan/ tanaman – pokok yang rosak sebab dipijak oleh kamu;

– ‘𝗯𝗼𝗹𝗹𝗮𝗿𝗱’ 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗺𝗽𝘂 yang 𝗽𝗮𝘁𝗮𝗵 kerana kamu 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀𝗻𝘆𝗮 (di post sebelumnya);

– lampu-lampu di pokok yang dicuti atau rosak kerana disepak;

– 𝘁𝗼𝗺𝗯𝗼𝗹 𝗽𝗮𝗶𝗽 yang 𝗽𝗮𝘁𝗮𝗵 kerana kerakusan kamu (di post sebelumnya).

KESINGKATAN AKAL, TAK LAYAK

Sesungguhnya kalian yang menyumbang kepada kesingkatan akal ini semua TIDAK ‘DESERVE’ untuk diberikan perkara² yang cantik, molek dan baik oleh kami, dan sebaik²nya kamu semua berterusan duduk dan menggunakan fasiliti² yang hodoh dan buruk.

𝙔𝙤𝙪 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙙𝙤𝙣’𝙩 𝙙𝙚𝙨𝙚𝙧𝙫𝙚 𝙩𝙤 𝙗𝙧𝙚𝙖𝙩𝙝𝙚 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙂𝙤𝙙-𝙜𝙞𝙫𝙚𝙣 𝙖𝙞𝙧. 𝙆𝙖𝙢𝙪 𝙥𝙖𝙩𝙪𝙩 𝙙𝙞𝙗𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙡𝙖𝙞𝙣, 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙠𝙖𝙡𝙞𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙚𝙧𝙢𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙬𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙠𝙖𝙡.

Maaf, kami rasa tiada sebab kami patut berbahasa lembut kerana kalian semua adalah DEWASA YANG BERAKAL. 𝗬𝗢𝗨 𝗥𝗘𝗣𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡𝗧 𝗦𝗜𝗖𝗞, 𝗗𝗜𝗦𝗚𝗨𝗦𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗗 𝗙𝗜𝗟𝗧𝗛𝗬 𝗔𝗗𝗨𝗟𝗧𝗦. Kami doakan agar perangai jijik dan keji ini berhenti di tuan² dan puan² dan tidak turun ke anak² kalian. 𝗬𝗢𝗨 𝗥𝗘𝗣𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡𝗧 𝗧𝗛𝗢𝗦𝗘 𝗪𝗛𝗢 𝗗𝗢 𝗡𝗢𝗧 𝗗𝗘𝗦𝗘𝗥𝗩𝗘 𝗧𝗢 𝗛𝗔𝗩𝗘 𝗚𝗢𝗢𝗗 𝗧𝗛𝗜𝗡𝗚𝗦 𝗜𝗡 𝗟𝗜𝗙𝗘. Moga kalian yang melakukan kebiadaban ini diberi kifarah yang setimpal sebagai tauladan.

In the mean time, pihak kami ingin 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗷𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗹𝗶𝗻𝘁𝗶𝗿 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗘𝗠𝗔𝗛 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 (𝗱𝗼 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗯𝗶𝘁) 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗮² 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮. 𝗔𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂, pass kepada kami untuk kami kongsikan. Mungkin ini sahaja cara untuk mendidik — dengan menjadi mata dan telinga kami.

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗞𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞. Sesungguhnya kami bersungguh-sungguh cuba menyiapkan projek ini sebaik-mungkin untuk menjadikan kalian manusia² yang berhemah dan penuh kasih-sayang, bukan yang sebaliknya.

Terima kasih.

Sumber : Noor Fazlina Rosley

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×