Famili

Taman Buaya Melaka Buat Lawatan Secara Maya, Tiket RM7 Je!

11
SHARES

Sejak negara kita dilanda pandemik Covid-19, ramai dalam kalangan kita yang sudah lama tidak membawa anak-anak pergi berjalan-jalan terutama sekali ke zoo. Benarlah bahawa membawa anak merasai sendiri melihat haiwan secara ‘real’ merupakan pendedahan yang bagus, namun bukanlah sekarang.

Berita baik untuk semua, jika bosan duduk di rumah dan anak-anak pun asyik nak merasai pengalaman macam di zoo, jom ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka secara maya menggunakan medium Google Meet sahaja. Menarik bukan?

LAWATAN MAYA TAMAN BUAYA, TIKET RM7 JE!

Dengan bayaran RM7 sahaja, orang ramai akan berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan yang berada di sana dan demonstrasi memberi buaya makan melalui dua sesi iaitu pada pukul 11 pagi dan 2.30 petang.

Menerusi beberapa kiriman di Facebook rasmi Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, orang ramai yang sudah pun ‘mengunjungi’ taman itu dilihat berpuas hati dengan lawatan maya tersebut.

Tempahan boleh dibuat dengan mengisi borang di bawah. Sila klik link yang tertera:

https://forms.gle/xJ6FLN5P4DnandwKA

Lawatan Maya ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. Bukan itu sahaja, terdapat dua sesi lawatan bagi setiap satu hari iaitu 11.00 pagi (sesi 1) & 2.30 pagi (sesi 2).

Sumber: Taman Buaya Dan Rekreasi Melaka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×