Hebahan

Mak Ayah Sila ‘Alert’, Ini Senarai Takwim Penggal & Cuti Persekolahan Sesi 2021 Dari KPM

184
SHARES

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyenaraikan senarai takwim bagi penggal dan cuti persekolahan untuk. semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi tahun 2021. Timbalan ketua pengarahnya (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib berkata, penggal persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Januari dan tamat pada 9 Disember bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A.

Manakala bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B, penggal persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Januari dan tamat pada 10 Disember.

KENYATAAN DARI MENTERI PENDIDIKAN

Hari ini Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sepertimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, sesi persekolahan pada tahun hadapan untuk semua murid adalah pada 20 Januari 2021.

Kesan pandemik COVID-19 cukup mendalam dan merupakan satu situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, penyelesaian untuk cabaran yang timbul tentunya memerlukan tempoh yang lama untuk kita kembali dalam keadaan normal. Begitu juga dalam konteks takwim penggal dan cuti persekolahan.

Dalam setiap keputusan yang kami buat, ia perlu bertunjangkan kepada asas-asas yang kukuh dengan mengambil kira kepentingan guru, murid dan ibu bapa. Semoga guru, murid dan ibu bapa dapat membuat perancangan dan persiapan sewajarnya untuk sesi persekolahan tahun 2021. Marilah kita doakan agar rantaian penularan COVID-19 dapat diputuskan dalam masa terdekat bagi membolehkan takwim 2021 yang telah direncana dapat dilaksanakan.

TAKWIM PENGGAL & CUTI PERSEKOLAHAN 2021 SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

Selain itu, KPM juga telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2021 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Keamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas.

Sumber: Dr.Radzi Jidin, KPM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×