Asuh

Tak Salah ‘Bermanja’ Dengan Isteri Di Depan Anak, Si Ayah Ini Kongsi Ilmu Elak Anak Jadi Ganas!

77
SHARES

Meluas dalam liputan media yang menunjukkan keganasan terhadap golongan wanita. Kes-kes sebegini juga sebenarnya dapat memberi kesan buruk kepada anak-anak yang masih kecil. Hal ini kerana, anak-anak yang kian membesar ini mudah terdedah dengan apa yang dipanggil ‘mirroring‘. Ini bermakna, anak-anak kecil mudah terikut-ikut dengan perbuatan yang ditunjukkan ibubapa atau orang sekeliling.

http://www.luckypuppyonline.com/

Begitu juga dengan cara yang suami isteri tunjukkan di hadapan anak-anak. Kalau ganas perlakuannya, maka anak-anak pun akan terikut manakala kalau elok cara layanan suami isteri maka anak-anak pun akan turut mencontohi. Yang mana satu anda mahu?

SUAP ISTERI DEPAN ANAK

Tadi saya sengaja suap isteri saya depan anak-anak. Saya sebenarnya masih terkejut bila ada yang PM saya dan bagitahu suaminya jadi sangat ganas sampai sanggup pukul si isteri sampai berlaku pendarahan dalam otak!

www.masterfile.com

Saya taknak benda ni berlaku pada anak-anak saya. Saya taknak kitaran ganas ni berlegar dalam keluarga saya jadi perkara pertama saya buat adalah suap menyuap dengan isteri saya depan anak-anak saya.

Kenapa?

1. Anak kita yang masih kecil ni paling banyak belajar melalui meniru ataupun biasa saya panggil dengan istilah mirroring. Apa yang dia selalu lihat tu la yang nak nanti dia akan selalu buat bila dah besar nanti.

http://www.abc.net.au/

2. Saya sengaja suap isteri saya sebab saya nak ajar anak perempuan saya bahawa lelaki ganas ni tak sesuai dibuat suami.

3. Saya sengaja suap isteri saya sebab saya nak ajar anak lelaki saya, cara terbaik melayan pasangan hidup adalah dengan berlemah lembut dan penuh hikmah.

duduksehat.wordpress.com

Saya percaya Mirror Neuron dalam diri anak-anak saya akan membuatkan mereka belajar untuk meniru perbuatan saya ni bila dah besar nanti.

P/s : Tolong ajar pasangan masing-masing ilmu ni ye. InsyaAllah akan sangat bermanfaat untuk rumahtangga kita dan rumahtangga anak-anak kita suatu hari nanti.

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×