Hebahan

Susu No. 1 untuk Hidangan Pertama Anda

1
SHARES

Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia supaya mendapatkan kalsium daripada susu sebagai keperluan setiap hari

Tiada apa yang lebih hebat berbanding memulakan hari anda dengan sarapan pagi yang lazat, tetapi hidangan pertama untuk hari anda tidak lengkap tanpa minuman yang sedap. Kita sebagai warga Malaysia bertuah kerana mempunyai begitu banyak pilihan minuman sarapan pagi. Sebahagian daripada kita suka menikmati kopi atau teh bagi menyegarkan diri yang mengantuk, sesetengah pula gemar minuman malt atau jus untuk memulakan hari dengan tenaga.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa susu merupakan pilihan yang terbaik untuk sarapan pagi.

“Selepas lapan hingga 12 jam daripada hidangan terakhir anda, segelas susu menpunyai khasiat yang diperlukan oleh badan agar mengawal fungsi secara sendiri pada waktu pagi,” kata Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia.

“Selain itu, kajian menunjukkan bahawa warga Malaysia tidak mengambil kalsium yang mencukupi daripada pengambilan makanan harian mereka. Hampir satu daripada dua orang kanak-kanak tidak mengambil kalsium yang mencukupi; manakala pengambilan purata kalsium golongan dewasa adalah kurang daripada separuh keperluan harian orang dewasa,” tambah Ashlee.

DBB Dutch Lady Breakfast 2.0

Kekurangan khasiat ini boleh membawa kepada masalah tulang rapuh. Oleh itu, Dutch Lady Malaysia menggalakkan keluarga di Malaysia supaya minum susu sebelum pergi kerja atau sekolah. Hanya dua hidangan sehari boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan untuk sekeluarga! Minum satu daripada dua hidangan sewaktu sarapan pagi bererti 200mg kalsium untuk badan anda.

Susu merupakan sumber yang kaya dangan kalsium, membantu membina tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak. Susu juga merupakan sumber membantu mendapatkan jisim tulang yang sihat untuk orang dewasa, walaupun pada usia emas. Dalam erti kata lain, minuman yang lazat dan berkhasiat ini membina keluarga yang kuat.

Keluarga yang kuat adalah daripada segi fizikal dan hubungan yang erat antara ahli-ahli keluarga – ia boleh bermula pada waktu pagi dengan adanya sarapan yang seimbang, lengkap dengan susu. Begitu juga dengan duta Dutch Lady PureFarm, Aaron Aziz yang menyokong bersarapan dengan susu No. 1 Malaysia***- susu Dutch Lady PureFarm.

uht-1l-fcream_f

“Ungkapan ada mengatakan “keluarga yang makan bersama-sama, kekal bersama-sama”. Oleh itu, dengan sarapan pagi yang berkhasiat lengkap dengan susu yang kaya dengan kalsium bukan sahaja menguatkan keluarga dari segi fizikal, ia juga memberikan kita peluang untuk berbual antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim sekeluarga sebelum memulakan hari kita. Ini akan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Sekiranya saya tidak perlu bekerja awal, saya dan isteri saya Diyana pasti akan menikmati sarapan bersama dengan anak-anak kita!” katanya.

Susu juga mengandungi nutrien penting yang lain, bukan sekadar kalsium sahaja. Dutch Lady PureFarm kaya dengan nutrien yang penting – ada yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita secara semula jadi. Seperti contoh, protein, ianya memainkan salah satu peranan utama dalam tumbesaran dan perkembangan, seperti membina otot dan tisu. Vitamin A adalah penting untuk fungsi mata yang sihat, Vitamin B2 menyokong fungsi-fungsi sel yang mengubah makanan kepada tenaga, dan Vitamin D3 membantu menyerap kalsium dan fosforus.

“Saya cuba menyediakan keluarga saya dengan pemakanan yang terbaik. Itulah sebabnya saya dan isteri saya hanya mempercayai susu No.1 Malaysia, iaitu Dutch Lady PureFarm, untuk keluarga kami,” kata Aaron.

aaron-aziz-diyana-halik_2a

Tambahkan pengambilan susu Dutch Lady PureFarm ketika bersarapan pagi. Dutch Lady PureFarm boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk memulakan hari dengan penuh bertenaga, Dutch Lady akan memberikan 30,000 sarapan percuma menerusi ejen Sinar FM dan stesen LRT terpilih pada bulan September.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menggabungkan susu Dutch Lady PureFarm dalam sarapan anda, sila ke halaman Facebook Dutch Lady.

 

Rujukan:

*             Berdasarkan Retail Audit untuk 12 months berakhir pada bulan Julai 2016 di seluruh Semenanjung Malaysia (Copyright © 2015, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd).

**        Nutritional status and dietary intakes of children aged 6 months to 12 years: findings of the Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.

***     Current nutrient intake among Malaysia, Adult: Finding from MANS 2014, THE MEDICAL JOURNAL OF MALAYSIA, VOL. 70 SUPPLEMENT 1 SEPTEMBER 2015, pp 12.

 

Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad

Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu utama di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat kerjasama tenusu terbesar di dunia, FrieslandCampina, sebuah syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan merupakan yang pertama memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, yang menerima anugerah sebagai Company of the Year 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai jenis produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk yang digemari ramai seperti jenama Dutch Lady dan Friso Gold™.

Menerusi kolaborasi unik antara FrieslandCampina dan empat institut/universiti penyelidikan antarabangsa, kami telah menjalankan kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) pada tahun 2009, melibatkan empat buah negara – Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. SEANUTS merupakan kajian kesihatan dan pemakanan yang terbesar dan paling ekstensif yang pernah diadakan di Asia Tenggara, di mana ia melibatkan 16,744 kanak-kanak selama tempoh empat tahun.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.dutchlady.com.my.

 

Mengenai Royal FrieslandCampina

 Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien penting kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan hasil tahunan sebanyak 11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan salah satu daripada lima buah syarikat tenusu terbesar di dunia, membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap untuk industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat-pejabat di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, dengan 19,244 orang ahli penternak tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium –menjadikannya salah satu dari koperasi tenusu terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.frieslandcampina.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×