Hebahan

Sunway Lagoon Mengumumkan Harimau Bermata Biru

3
SHARES

Keluarga kucing di Sunway Lagoon kini bertambah besar dengan pengumuman Samson dan Asha, dua Harimau Putih yang hebat. Kedua-dua harimau putih tersebut mempunyai berat di antara 200 ke 230 kilogram, dan hampir 3 meter panjangnya.

SL - Image G

Sunway Lagoon Wildlife Park, tarikan bertemakan haiwan yang pertama dan interaktif, adalah rumah kepada lebih daripada 150 spesis haiwan dari seluruh dunia, dan akan menjadi habitat baru untuk harimau putih tersebut.

“Sunway Lagoon berbesar hati di dalam menyambut kedatangan dua harimau putih yang cantik ini. Samson dan Asha adalah penting di dalah usaha kami untuk mempromosikan Program Pendidikan Hidupan Liar.” kata Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.

SL - Image A

Bersempena dengan pengumuman dua harimau putih tersebut, Sunway Lagoon akan mengadakan peraduan ‘Roar Like The Big & Mighty Cats’, di mana kanak-kanak dari pelbagai sekolah akan merakan video 15-20 saat mereka membuat mimik raungan harimau putih. Video yang paling kreatif akan memenangi Program Pendidikan Hidupan Liar untuk keseluruhan kelas yang bernilai RM3,000.

Objektif peraduan ini adalah bagi menggalakkan pelajar dari pelbagai latarbelakang pendidikan kenal nilai dan menghargai kepelbagaian haiwan di dalam ekosistem dan pada masa yang sama, belajar mengenai pemeliharaan Harimau Putih. Peraduan akan bermula hujung bulan dan maklumat boleh diperolehi di laman Facebook Sunway Lagoon. Peraduan akan berlangsung dari 25hb Ogos sehingga 10hb September 2016.

SL - Image B

Choo menambah, “Melalui Program Pendidikan Hidupan Liar, Wildlife Park menawarkan pengunjungnya, terutamanya kanak-kanak peluang untuk menghargai hidupan liar yang hidup di dalam ekosistem kami. Pengunjung boleh memerhati kecantikan harimau putih dan menghargai betapa indahnya haiwan tersebut. Selain daripada itu, lawatan tersebut akan memberikan pemahaman betapa pentingnya pemeliharaan haiwan di Malaysia”

SL - Image C

Program Pendidikan Hidupan Liar Sunway Lagoon 2016 menghidangkan peluang terbaik untuk pengunjung mendekati keluarga kucing yang besar tadi. Lawatan berharga RM43 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak. Sebahagian daripada lawatan termasuklah bersama seorang Renjer Hidupan Liar, sesi memberi makan kepada haiwan, aktiviti memancing mini, pertunjukan teater hidupan liar dan bermacam-macam lagi. Program Pendidikan Hidupan Liar turut menyediakan buku mewarna dan aktiviti untuk kanak-kanak.

SL - Image E

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Pendidikan Hidupan Liar dan harimau putih tersebut, sila layari laman web Sunway Lagoon di http://sunwaylagoon.com/ atau laman Facebook: www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia, atau hubungi taman di talian +603-5639 0000.

Mengenai Sunway Lagoon

Sunway Lagoon, destinasi taman tema terulung yang terletak di Sunway Resort City, hanya 30 minit dari bandar Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Ia mempunyai lebih daripada 90 tarikan menerusi enam taman – Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park and its latest addition, Nickelodeon Lost Lagoon.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunwaylagoon.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×