Advertorial

Sungei Wang Plaza Perkenal Wajah Baharu Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

3.4K
SHARES

Plaza Sungei Wang bukanlah satu nama yang asing lagi, mana tidaknya pusat membeli-belah ini telah mula dibuka sejak 1977  dan merupakan salah satu shopping mall terawal di Malaysia!

Setelah berdekad lamanya beroperasi kini, Plaza Sungei Wang terus melangkah kedepan dengan memperkenalkan wajah baharunya sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba!

Plaza Sungei Wang bergerak maju seiring permodenan

Wajah baharu Plaza Sungei Wang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ti Lian Ker pada Sabtu lalu dengan konsep ‘glistening look’. 

Sekarang ni Plaza Sungei Wang bukan sekadar tempat membeli-belah je tau, mereka kini mempunyai pelbagai tarikan dan aktiviti menarik yang menjanjikan keseronokan tanpa sempadan!

Kata Pengerusi Pengurusan Perbadanan Plaza Sungei Wang , Encik Ng Yih Chen meskipun mereka berdepan pelbagai cabaran dan persaingan mereka terus komited untuk terus berevolusi dan kekal relevan.

Sementara Dato’ Sri Ti Lian Ker menyifatkan bahawa beliau teruja untuk menyaksikan sendiri percapaian baru Plaza Sungei Wang.

“Saya percaya kita semua sangat gembira dapat melihat sendiri perkembangan dan pembangunan Plaza Sungei Wang dalam tempoh beberapa tahun ini dan pastinya pihak kami juga teruja untuk menjalinkan kerjasama di masa hadapan” menurut beliau lagi.

Turut sama dilancarkan dalam majlis yang sama adalah edisi pertama Kebudayaan dan Kesenian Piala Tarian Singa Tradisional Kebangsaan Plaza Sungei Wang yang telah diadakan selama dua hari pada 15 dan 16 Januari 2022.

Pertandingan tersebut menyaksikan 21 pasukan tarian singa dari seluruh negara berentap bagi merebut gelaran juara.

Empat (4) pemenang pasukan tarian singa – Ching Xing Sports and Cultural Centre Penang (Juara), Persatuan Tarian Singa Jong Hwa Seberang Prai Penang (Naib Juara), Persatuan Kebudayaan Kepong Hong Teck (Tempat Ke-3) dan Xuan Long Dragon and Lion Dance Ampang Selangor (Tempat Ke-4) telah menerima piala, pingat dan wang tunai yang disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang semalam Ahad, 17 Januari 2022 di Centre Court, Plaza Sungei Wang.

Terdapat pelbagai tarikan baharu! Aktiviti lasak pun ada!

Kalau nak beraktiviti lasak tapi tak mahu terdedah panas matahari, apa kata anda ke Plaza Sungei Wang je sekarang! Dekat sini dah ada banyak tarikan baru yang sesuai untuk golongan segenap lapisan umur!

Ada indoor rock-climbing gym, indoor adventure park, indoor drift kart, Muzium Warisan Miniatur dan banyak lagi!

Haa.. Best kan?? Siapa kata shopping mall hanya untuk membeli-belah je sekarang? Dah ada banyak sangat benda korang boleh buat sekarang ni, paling best ianya terletak di tengah-tengah ibu kota yang mudah untuk diakses sama ada menggunakan pengangkutan awam ataupun peribadi.

Senang kata tak terasa pun kalau anda luangkan masa seharian di sini, silap-silap kena ulang lagi datang sini untuk habiskan semua aktiviti yang ada.

Meriahkan sambutan tahun ‘harimau’ bersama Plaza Sungei Wang

Jom jadi yang terawal untuk merasai pengalaman baru di Plaza Sungei Wang! Istimewa sempena Tahun Baru Cina ni anda juga boleh tebus Kawaii Ang Pao dengan setiap pembelian bernilai RM88 dalam dua resit berbeza.

Untuk pembelian bernilai RM188 dalam dua resit berbeza pula anda boleh dapatkan claw machine merchandise seperti Kawaii Tiger plush dan baucar pembelian!

Jadi jangan bertangguh lagi, jom cepat-cepat ajak kawan-kawan dan yang tersayang untuk sama-sama rasai keseronokan di Plaza Sungei Wang!

Untuk lebih banyak maklumat lanjut mengenai pembaharuan Plaza Sungei Wang anda boleh ke laman web rasmi, Facebook, Tiktok atau Instagram mereka di bawah:

Website: Klik SINI

Facebook: Klik SINI

Instagram: Klik SINI

Tiktok: Klik SINI

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×